Fotografi: Asas


Assalamua'alaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti yang dijanjikan, kita bertemu lagi untuk berkongsi mengenai asas fotografi. Dengan memiliki semua peralatan dan perkakasan fotografi yang paling terkini dan canggih tidak semestinya menjamin kualiti foto atau gambar yang dirakam. Apa yang penting adalah memiliki ilmu asas fotografi.

Baiklah, kali ini kita akan lihat 3 perkara paling asas dalam fotografi iaitu shutter speed, aperture dan ISO dan harus menguasai ketiga-tiga konsep ni. Kalau tidak akan terjadilah gambar blur, tak sharp, terlalu terang (Over Exposed) / terlalu gelap (Under Exposed) dsb. Shutter speed, aperture dan ISO mempengaruhi exposure. Gelap atau terang sesuatu gambar bergantung kepada exposure.

Persamaan seperti di bawah (macam belajar math pulak)

Exposure Shutter Speed + Aperture + ISO

Bila lihat persamaan di atas, mungkin ada yang bertanya macamana nak gunakan 3 perkara ini? Jom kita lihat satu persatu..

1.SHUTTER SPEED

v Kita perlu memahami apa itu Shutter Speed. 

v Shutter Speed adalah berapa lama kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya untuk merakamkan sesuatu imej.

v Semakin lama shutter terbuka, semakin banyak cahaya masuk dan sebaliknya.

v Bagi mengetahui bagaimana pergerakan dirakamkan, gunakan kelajuan (speed) yang berbeza. 

v Sebagai satu contoh, jika kita menggunakan 1/30 sesaat, ia akan merakamkan gambar biasa bagi subjek yang bergerak.

v Jika menggunakan 1/500, subjek bergerak akan terhenti serta merta

v Untuk merakamkam gambar aksi sukan, gunakan kelajuan yang tinggi melainkan anda ingin merakamkan imej dengan pergerakan.




2. APERTURE

v Kita perlu mengetahui peranan Aperture. 


v Aperture merupakan bukaan iris pada lensa .


v Lebih luas ianya dibuka, bermakna lebih banyak cahaya yang akan masuk.


v Dikira dalam unit F, bermula pada F1.4 – F32 – bergantung pada lens, ada lens mempunyai aperture bermula dari F1.4 dan ada yang bermula dari F3.5

v Semakin besar nilai aperture (cth: F22), semakin kecil bukaan lens dan semakin sedikit cahaya yang masuk dan sebaliknya, semakin kecil nilai aperture, semakin besar bukaan dan semakin banyak cahaya masuk.


v Aperture yang besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti F4.

v Aperture yang kecil pula diwakili dengan nombor yang besar seperti F16

v Aperture yang besar hanya fokus pada satu bahagian sahaja. Berbeza dengan aperture kecil seperti f/16 akan fokus pada semua. 

v Jarak di dalam fokus pula dipanggil 'depth of field’.

v Sila lihat perbezaan antara dua gambar di bawah bagi memahami fungsi aperture dengan lebih jelas.



v Aperture besar akan  menonjolkan objek yang difokus dan pada masa yang sama menjadikan latar belakang objek kabur atau 'blur'. Ianya sesuai untuk diguna jika mengambil gambar potret atau objek tunggal.

v Manakala aperture kecil menjadikan objek dan latar belakang objek menjadi sama jelas. Ianya lebih sesuai jika diguna untuk mengambil gambar pemandangan atau landskap


3. ISO

v Kita perlu memahami ISO dalam fotografi. 

v ISO juga dahulunya dikenali sebagai ASA

v ISO adalah berapa sensitif filem atau digital kamera pada cahaya. Pada zaman digital ini, ISO amat mudah dilaras dan diubah.

v Gunakan ISO yang rendah bagi mendapatkan 'aperture' dan 'shutter speed' yang diperlukan.

v Tambahkan ISO untuk 'aperture' yang kecil dan 'shutter speed' yang laju. Manakala ISO yang perlahan biasanya ISO 100 atau ISO 200. ISO yang laju seperti ISO 800, 1600.

v Sebab utama untuk menggunakan ISO yang perlahan adalah untuk menggurangkan noise atau 'grain'(bintik-bintik pada gambar). Penetapan ISO yang laju bisanya lebih 'grain’, berbanding dengan ISO yang perlahan. Cuba lihat gambar di atas yang menunjukkan kaitan ISO dan Noise.


Untuk memberi gambaran di mana 3 perkara ini berada di dalam kamera, jom lihat gambar di bawah


Ok, sekian buat kali ini.. Jumpa lagi..


0 comments:

Post a Comment