Nasyid: Pengenalan

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,


Bertemu kembali di dalam topik yang juga merupakan salah satu minat saya iaitu Nasyid.


Apa itu Nasyid?
Nasyid merupakan nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah, dan yang seumpamanya.

Nasheed (Arabic: kata akar/tunggal نشيد , kata jamak أناشيد; juga disebut Nasyid di Malaysia dan Indonesia; manakala di Bosnia and Herzegovina: Ilahija) lagu kebudayaan Islam. Mengikut tradisinya, nasyid dinyanyikan secara a cappella, yakni nyanyian mengikut cara ini hanya diiringi dengan daff. Lagak Muzik ini digunakan oleh kebanyakan Ilmuan Muslim kerana mereka menafsirkan bahawa ajaran Islam adalah melarang penggunaan Instrumen alatan muzik kecuali untuk sesetengah Alatan Muzik Asas (Percussion). Kebanyakan masyarakat pula mengagumi ketulenan dan kesederhanaan dalam muzik.

Generasi terbaharu dalam arena muzik "Nasheed" yakni dari kalangan artis menggunakan kepelbagaian instrumen muzikal dalam seni mereka. Hal ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi dikalangan komuniti Islam kerana kebanyakan dari pihak Ilmuan Islam berpendapat pilihan ini adalah suatu kewujudan(Bidaah) keatas Muzik Dalam Islam. Nasheed moden juga turut dilihat melangkaui kumpulan aliran utama muzik Nasheed seperti kumpulan Outlandish, Aman, dan artis nasheed solo seperti Dawud Wharnsby Ali, Sami Yusuf, Slave of Allah dan Idris Phillips, yang dikatakan mampu menarik hati dan pandangan banyak masyarakat Muslim serta, ia mampu menjadi pemimpn kepada persembahan artis di Festival Kebudayaan Islam, Konferensi, Konsert dan Pertunjukan (seperti ISNA, Celebrate Eid, Young Muslims). Artis-artis dan organisasi lain seperti Noor Media pula 100% tidak menggunakan instrumen muzik dalam penerbitan album Nasheednya.



Peningkatan penjualan bahan hiburan berdasarkan produk Nasheed adalah dilihat lebih didorong oleh para penerbit profesional yang dapat menghasilkan media hiburan Nasheed dalam bentuk klip video dan trek lagu. Sebagai contoh Madinah Tun-Nabi oleh Aashiq al-Rasul Al Mu'allim, Meditation, Hasbi Rabbi (semuanya oleh Sami Yusuf), Du'a oleh Seven 8 Six, Mercy like the Rain oleh SHAAM & Our World oleh Zain Bhikha. Dan yang terkini Maher Zain dalam Album Insya Allah dan Forgive Me.

Pada awalnya nasyid membawakan alunan bercorak padang pasir, tetapi kini kumpulan nasyid semasa telah membawa pelbagai rentak bercorak baru untuk para pendengar. Pembaharuan ini menjadikan lagu-lagu nasyid lebih menarik dan bersifat lebih daya saing dalam bidang seni.

Selalunya nasyid lebih gemar didendangkan dengan alat muzik tanpa tali, namun mengikut beberapa pendapat ulama fiqh perkara memainkan alunan nyanyian nasyid dengan alat muzik bertali seperti gitar dan piano adalah dibenarkan.

Berjumpa lagi di dalam entri seterusnya yang akan membincangkan berkaitan penggunaan alat muzik di dalam Nasyid.


0 comments:

Post a Comment