Assalamu’alaikum dan Salam
Sejahtera,
Bertemu kembali ke posting seterusnya dan bercerita
mengenai salah satu minat saya iaitu bermain PING-PONG..
PENGENALAN
Permainan ping pong atau ‘table
tennis’ adalah satu sukan yang dimainkan oleh dua atau empat orang bermain, dan
menggunakan raket (juga dikenali sebagai ‘bats’ atau ‘paddles’) untuk memukul
bola (bola pingpong) ke kawasan lawan. Permainan ini memerlukan meja khas untuk
ping pong dan di tengah-tengah meja perlu diletakkan jaring (net) setinggi lebih kurang
15 cm.
Semasa permainan berlangsung,
pemain perlu membenarkan bola melantun hanya sekali sahaja dalam kawasan
sendiri sebelum dapat memukul bola tersebut ke kawasan pihak lawan. Mata pula
akan dikira bila pemain gagal mengembalikan bola mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.
Saya rasa penerangan di atas
terlalu umum dan mungkin semua orang dah tahu. Kalau begitu, jom kita bergerak ke
topik Sejarah dan Perkembangan PING-PONG yang mungkin tak ramai orang tahu.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PING PONG
- Pada mulanya ping pong merupakan satu kegiatan masa lapang yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain.
- Corak atau bentuk pertama permainan ini didaftarkan oleh Charles Barter pada 1981.
- James Gibb (pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain) membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang kemudiannya diperkenalkan sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada masa itu.
- Apabila raket kosong yang disaluti velum diperkenalkan, istilah “pingpong” pun tercipta.
- Ia diambil daripada bunyi ‘ping’ yang dihasilkan apabila bet bertembung dengan bola, dan bunyi ‘pong’ yang terhasil apabila ia melantun di atas meja.
- Pada tahun 1902 seorang professor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan memperkenlakannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana.
- Penjual berbangsa British, Edward Shires telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest.
- Persatuan Pingpong (The Ping Pong Association) kemudiannya ditubuhkan.
- Pada tahun 1927, Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (International Table tennis Federation-ITTF)
- Pemain-pemain eropah boleh dikatakan telah menguasai dunia ping pong sehingga akhir tahun 1940-an menggunakan cara berjabat tangan (Handshake) untuk mementingkan corak pertahanan lebih dari corak menyerang. Lihat gaya pegang di bawah..
- Permainan ini telah mengalami satu perubahan besar pada tahun 1950-an dengan kemunculan sandwich atau span terbalik (inverted sponge) iatu satu bahan baru untuk membuat muka pukulan bet.
- Pada tahun ini juga, pemain Jepun telah menguasai dunia ping pong dengan corak permainan dan gaya cekak pen (pen holder: saya gunakan gaya ini) yang mementingkan teknik menyerang dan pergerakan kaki yang pantas. Lihat gaya pegang di bawah..
- Pada tahun 1960-an, negeri China muncul sebagai sebuah negara pingpong yang terhandal. Mereka menguasai dunia pingpong menerusi penggunaan teknik laju dan lebih dekat kepada meja.
- Pada tahun 1970-an, pemain Eropah menunjukkan kebolehan dan keyakinan mereka dalam beberapa pertandingan penting di seluruh negara.
Saya rasa cukuplah buat posting kali ini. Gambar di bawah merupakan atlet yang saya suka gaya permainannya (Pen Holder).. Pernah menjadi juara dunia tu... Bersambung lagi di lain posting... Ok.. Sharing is caring..
p/s : Saya bukanlah pandai main, sekadar ketuk-ketuk sahaja, hobilah katakan..
0 comments:
Post a Comment