Sejarah Perkusi Dalam Islam
Perkusi selalunya dimainkan semasa majlis perkahwinan. Ia
digunakan untuk mengiringi nyanyian puisi, marhaban dan sebagainya. Sewaktu
Nabi Muhammad S.A.W tiba di Madinah, baginda telah disambut dengan meriahnya
oleh umat Islam dengan alunan nasyid dan selawat ke atas baginda. Mereka bukan
sahaja bernasyid malahan diiringi oleh alunan kompang yang dimainkan oleh kaum
Ansar. Semasa peperangan, perkusi juga digunakan oleh umat Islam untuk
menaikkan semangat mereka. Gendang-gendang ini dimainkan oleh kaum wanita. Ini
menunjukkan bahawa wanita juga boleh terlibat di medan peperangan.
Sejarah-sejarah tersebut memperlihatkan bahawa gendang atau perkusi mempunyai
perkaitan yang rapat dengan jiwa dan pergerakan fizikal kita. Semuanya bergantung
kepada bagaimana cara dan tujuan kita menggunakannya. Selagimana ia tidak
bertentangan dengan hukum syara’ maka gunalah ia sebaik-baiknya.
Pengenalan Perkusi
Muzik adalah sumber inspirasi dan ketenangan jiwa bagi setiap
insan. Walaubagaimanapun, harus diingatkan, ini hanyalah sebahagian daripada
hiburan duniawi. Namun, hiburan yang paling hakiki adalah dengan mengingati
tuhan dan menghayati ciptaan-Nya. Kita telah diberikan pilihan untuk memilih
corak hiburan yang sesuai dengan jiwa dan sanubari kita, tapi ia perlu mengikut
landasan yang ditetapkan syariah agama terhadap kita.
Perkusi
secara definisinya adalah alat muzik yang boleh diketuk atau dipalu atau
digoncang atau digarik atau yang mempunyai dua atau lebih ciri-ciri di atas. Ia
merupakan alat muzik yang paling asas, digunakan oleh manusia sejak 6000 tahun
sebelum Masehi. Tidak hairanlah jika ia dikatakan sebagai ‘tulang belakang’
atau ‘backbone’ kepada sesuatu susunan muzik.
Contoh Alat Perkusi Yang Diketuk |
Contoh Alat Perkusi Yang Digoncang |
Contoh Alat Perkusi Yang Digarik |
Terdapat tiga jenis alat perkusi
iaitu membranophone, metalonophone dan idiophone.
Membranophone adalah alat
perkusi yang menggunakan kulit atau apa-apa medium yang membentuk membran untuk
menghasilkan bunyi, seperti kompang, gendang jawa atau conga.
Metalonophone
pula mengkhususkan permainan alat perkusi yang berasaskan logam pejal yang
sudah dilaraskan bunyinya mengikut nota-nota muzik yang tertentu seperti
gamelan, caklempong, dan xylophone.
Alat perkusi yang boleh menghasilkan
bunyinya sendiri tanpa sebarang medium dipanggil idiophone. Ia mempunyai
ciri-ciri yang tersendiri untuk menghasilkan bunyi contohnya angklung,
tambourine, shaker dan cymbal.
Sejarah Perkusi
Perkusi merupakan sejenis alat muzik terawal yang digunakan di
dunia ini. Ia merupakan alat hiburan alternatif bagi masyarakat terdahulu
selain nyanyian. Malah ia digunakan untuk mengiringi nyanyian seseorang dan
menambahkan lagi mutu persembahan tersebut disamping mewarnai melodi sesebuah
lagu dengan rentak-rentak tertentu.
Alat-alat
perkusi boleh ditemui di mana-mana sahaja. Hampir setiap etnik, kaum atau
bangsa mempunyai alat perkusi yang melambangkan identiti mereka. Perkusi
menjadi melodi asas atau `basic rhythm’ untuk sesebuah lagu.
Ini kerana rentak perkusi lah yang akan menentukan corak dan jenis lagu itu.
Sebagai contoh, dalam masyarakat Melayu, rentak asli hanya sesuai di mainkan
untuk lagu-lagu asli sahaja. Ianya tidak sesuai dimainkan untuk lagu inang
kerana struktur lagu itu mempunyai corak yang berbeza daripada lagu asli. Jadi,
di sini kita dapat membuat satu kesimpulan bahawa penggunaan rentak yang sesuai
amatlah penting dalam sesebuah lagu.
Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan kepada seseorang itu
menggunakan sesuatu rentak perkusi untuk lagu yang berlainan. Inilah yang
dikatakan sebagai pengolahan kreatif atau `creative arragement’ untuk
mencipta melodi kreatif yang baru. Namun begitu amatlah diharapkan agar kita
dapat memelihara keaslian lagu-lagu tersebut walaupun terdapat pengolahan yang
baru pada lagu.
Pada zaman
dahulu, alat-alat perkusi bukan sahaja digunakan sebagai alat hiburan, tetapi
juga sebagai alat perhubungan. Sebagai contohnya, `talking drum’ atau
gendang bercakap, digunakan oleh orang Afrika yang tinggal di pesisir pantai
untuk berkomunikasi dalam jarak-jarak tertentu. Seorang nelayan yang baru
pulang dari lautan membawa hasil tangkapan akan membunyikan gendangnya
menandakan dia sudah pulang. Begitu juga seorang ibu yang mahu memanggil ahli
keluarganya pulang untuk menikmati makanan, akan membunyikan gendang tersebut
dengan cara ketukan atau bunyi-bunyi yang tertentu.
Gambar di bawah saya sertakan gambar alat-alat perkusi yang kerap digunakan di dalam persembahan nasyid secara 'live'.
0 comments:
Post a Comment