Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,
Bertemu kembali di dalam posting seterusnya. Kali ini berkaitan berkaitan sejarah fotografi dan kewujudan kamera.
*Kamera Mammoth - 1900
Senifoto ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya senifoto
tidak boleh berfungsi. Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Ketika
teknologi senifoto terus berkembang bersama dengan tamadun manusia, ilmu amat
penting bagi menjana mutu kerja pengamal senifoto.
Dalam era ledakan ICT
perkembangannya amat ketara sekali apabila senifoto telah diadun
bersama teknologi ICT dan wujudnya Kamera Digital yang telah merobah
dunia senifoto.Senifoto tradisional masih dibenarkan berkembang bersama dengan
perkembangan ledakan teknologi ICT. Senifoto tidak dapat dipisahkan
dengan tradisi tradisionalnya.
Kamera digital telah dapat diterima dengan
meluas namun senifoto menggunakan filem masih ada tempat di kalangan
pengamal senifoto.Kamera mula diperkenalkan ketika para pelukis menghadapi
masalah untuk merakamkan imej potret sekitar abad 17 dan 18. Justeru, mereka
telah mencipta kamera Abscura untuk kemudahan merakam imej.
Tahun 1900 seorang
Jurugambar telah mencipta kamera Mammoth (lihat gambar di atas). Kamera ini amat
besar ukurannya dimana beratnya 1,400 pound. Lens seberat 500 pound.
Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenagamanusia seramai 15 orang diperlukan!. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan
kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya. Abscura telah diubahsuai
sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh George Eastmen pada tahun 1888 yang
lebih kecil. Pada zaman ini wujud kamera lebih kecil dan yang terkini ialah
kamera digital.
Kamera jenama Kodak
Diawal kewujudan kamera
digital tidak ramai menggemarinya terutama kalangan profesional. Ini
kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an, masih
menggunakan ciri-ciri kamera kompak. Kamera digital pada waktu itu kecil, ringan dan
kemampuan imej tidak memenuhi kehendak profesional.
Namun begitu sekitar awal tahun 2000, kamera digital direka dengan mengambil kira selera profesional.
Akhirnya kita telah memperolehi kamera digital dalam format SLR (Single Lens
Reflex) atau dikenali sebagai DSLR. Walaubagaimanapun harganya masih mahal dan tidak semua orang mampu
memilikinya namun terdapat kamera digital yang menyerupai SLR boleh dibeli
dengan harga agak murah. Kamera digital jenis kompak Kamera digital SLR.
Pada tahun 2009 dan ke atas, kamera DSLR telah mendapat sambutan meluas dan telah banyak kategori2 bermula dari beginner, middle dan profesional dan dijual murah iaitu di bawah harga RM2,000.
Apapun ia bergantung kepada si pengguna untuk mendapatkan gambar yang cantik dan menarik. Posting seterusnya akan berkisar bagaimana mendapatkan gambar yang cantik dan menarik.
0 comments:
Post a Comment