Assalamua'alaikum dan Salam Sejahtera,
Bertemu kembali. Oleh kerana kebanyakan di kalangan kita adalah orang yang bekerja tidak kiralah sama ada bekerja makan gaji atau sendiri, kali ini saya ingin berkongsi mengenai beberapa kata-kata yang mungkin boleh dijadikan renungan bersama..
- Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena .
- Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, manakala sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
- Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan.
- Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja
- Ada kala kita rasa kita 'BUSY giler', rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' ..
- Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita 'BUSY BODY'.
- Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.
- Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
- Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita dilihat lebih MENGADA-NGADA.
- Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE?', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT?'
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita 'withdraw' di akhirat
nanti.... tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. terpulanglah sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
Renungilah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya... .
"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."
Selamat Beramal..
0 comments:
Post a Comment