Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,
Bertemu lagi di dalam 'posting' seterusnya. Kali ini saya akan titipkan tajuk yang lain sedikit. Kebetulan saya agak meminati cerita-cerita berunsurkan ilmu beladiri kung fu terutama lakonan Bruce Lee, Jet Li, Jackie Chan dan Donnie Yen. Bukan minat apa tapi lebih kepada gaya dan pergerakan diorang.
Baiklah, kita terus kepada topik yang akan dibicarakan kali ini saya terjumpa beberapa bahan di dalam alam maya iaitu berkaitan dengan lagenda di dalam filem-filem Kungfu, Wong Fei Hung. Cuba tengok gambarnya di bawah.
Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung
sebagai jaguh dan hero Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu,
karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal, Jet Li. Namun siapakah
sebenarnya Wong Fei Hung?
Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan dan Ahli Beladiri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jati diri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa 'Arab'kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.
Ayahnya, Wong Kay Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu) . Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu sehingga ke tahap yang tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay Ying membuatnya dikenali sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini seterusnya diwariskannya kepada Wong Fei Hung.
Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditambah dengan keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Oleh kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan menjadikan Keluarga Wong sebagai idola mereka.
Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walaupun begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, bangsa, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.
Wong Fei Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah Choi inilah yang mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar diamal, dikembangkan dan berasal dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.
Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang dikenali sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggeris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.
Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sukar ditandingi apabila beliau berjaya mencipta jurus baru yang sangat teknikal tetapi efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan sendiri dengan mata kepala mereka bagaimana Wong Fei Hung seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang samseng pelabuhan berbadan sasa dan kejam di Canton yang cuba membelasahnya kerana ia membela rakyat miskin yang diperas ugut oleh mereka.
Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai ujian dan cubaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali berkahwin kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia yang pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.
Pada 1924, Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenang and mengenalinya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dirinya dikenali sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid.

Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan
semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup
setelahnya. Ameen..
Inilah titipan yang saya dapat dari alam maya, sekiranya terdapat fakta-fakta yang lain, bolehlah kemukakan komen di bawah. Apapun, berbuat baiklah sesama manusia. Berjumpa lagi di lain 'posting'.
p/s: Gambar di bawah adalah ilustrasi Wong Fei Hung (Jet Li) dalam filem Once Upon A Time in China..
0 comments:
Post a Comment