BAHTERA NABI NUH AS


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini saya akan membawakan topik berkaitan BAHTERA NABI NUH AS yang saya dapat dari carian alam maya. Kandungannya agak menarik dan boleh difikirkan bersama.

Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini. Tidak percaya? Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. TIDAK…TIDAK SAMA SEKALI. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.

Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? FIKIRKAN. 100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.


Masih tidak percaya? Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.

Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar. Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa. TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China. Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika! Apa maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya? Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan. Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan. Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.

Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar ‘dongeng-dongeng’ ini dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik. Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai ‘keajaiban’ cerita-cerita ini. Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang ‘nakal’ mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu Mahabrata. Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama, Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan.

Cuba perhatikan patung-patung sembahan Hindu. Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba. Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit? Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!! Itulah yang terjadi kepada orang-orang Hindu. Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata, Veda serta Upanishad. Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang, komputer, reaktor nuklear dan kereta mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari! FIKIR-FIKIRKAN….tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.

Sekadar cuplikan informasi yang mungkin membuatkan kita berfikir.

Ok..









Fotografi: Sejarah Fotografi dan Kewujudan Kamera


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu kembali di dalam posting seterusnya. Kali ini berkaitan berkaitan sejarah fotografi dan kewujudan kamera.

*Kamera Mammoth - 1900
Senifoto ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya senifoto tidak boleh berfungsi. Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Ketika teknologi senifoto terus berkembang bersama dengan tamadun manusia, ilmu amat penting bagi menjana mutu kerja pengamal senifoto. 

Dalam era ledakan ICT perkembangannya amat ketara sekali apabila senifoto telah diadun bersama teknologi ICT dan wujudnya Kamera Digital yang telah merobah dunia senifoto.Senifoto tradisional masih dibenarkan berkembang bersama dengan perkembangan ledakan teknologi ICT. Senifoto tidak dapat dipisahkan dengan tradisi tradisionalnya. 

Kamera digital telah dapat diterima dengan meluas namun senifoto menggunakan filem masih ada tempat di kalangan pengamal senifoto.Kamera mula diperkenalkan ketika para pelukis menghadapi masalah untuk merakamkan imej potret sekitar abad 17 dan 18. Justeru, mereka telah mencipta kamera Abscura untuk kemudahan merakam imej. 

Tahun 1900 seorang Jurugambar telah mencipta kamera Mammoth (lihat gambar di atas). Kamera ini amat besar ukurannya dimana beratnya 1,400 pound. Lens seberat 500 pound. Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenagamanusia seramai 15 orang diperlukan!. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya. Abscura telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh George Eastmen pada tahun 1888 yang lebih kecil. Pada zaman ini wujud kamera lebih kecil dan yang terkini ialah kamera digital.

Kamera jenama Kodak 

Diawal kewujudan kamera digital tidak ramai menggemarinya terutama kalangan profesional. Ini kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an, masih menggunakan ciri-ciri kamera kompak. Kamera digital pada waktu itu kecil, ringan dan kemampuan imej tidak memenuhi kehendak profesional. 

Namun begitu sekitar awal tahun 2000, kamera digital direka dengan mengambil kira selera profesional. Akhirnya kita telah memperolehi kamera digital dalam format SLR (Single Lens Reflex) atau dikenali sebagai DSLR. Walaubagaimanapun harganya masih mahal dan tidak semua orang mampu memilikinya namun terdapat kamera digital yang menyerupai SLR boleh dibeli dengan harga agak murah. Kamera digital jenis kompak Kamera digital SLR.


Pada tahun 2009 dan ke atas, kamera DSLR telah mendapat sambutan meluas dan telah banyak kategori2 bermula dari beginner, middle dan profesional dan dijual murah iaitu di bawah harga RM2,000.



Apapun ia bergantung kepada si pengguna untuk mendapatkan gambar yang cantik dan menarik. Posting seterusnya akan berkisar bagaimana mendapatkan gambar yang cantik dan menarik.




KERJA OH KERJA..

Assalamua'alaikum dan Salam Sejahtera,


Bertemu kembali. Oleh kerana kebanyakan di kalangan kita adalah orang yang bekerja tidak kiralah sama ada bekerja makan gaji atau sendiri, kali ini saya ingin berkongsi mengenai beberapa kata-kata yang mungkin boleh dijadikan renungan bersama..

  • Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena .
  • Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, manakala sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
  • Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan.

  • Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja
  • Ada kala kita rasa kita 'BUSY giler', rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' ..
  • Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita 'BUSY BODY'.
  • Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.
  • Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
  • Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita dilihat lebih MENGADA-NGADA.
  • Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE?', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT?'
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu, mari kita mula senyumceriamesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
 Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita 'withdrawdi akhirat nanti.... tapi kalau kita asyik dengki mendengki..  terpulanglah sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..



Renungilah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya... .

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."


Selamat Beramal..



Wong Fei Hung


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu lagi di dalam 'posting' seterusnya. Kali ini saya akan titipkan tajuk yang lain sedikit. Kebetulan saya agak meminati cerita-cerita berunsurkan ilmu beladiri kung fu terutama lakonan Bruce Lee, Jet Li, Jackie Chan dan Donnie Yen. Bukan minat apa tapi lebih kepada gaya dan pergerakan diorang.

Baiklah, kita terus kepada topik yang akan dibicarakan kali ini saya terjumpa beberapa bahan di dalam alam maya iaitu berkaitan dengan lagenda di dalam filem-filem Kungfu, Wong Fei Hung. Cuba tengok gambarnya di bawah.



Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh dan hero Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan dan Ahli Beladiri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jati diri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa 'Arab'kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu) . Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu sehingga ke tahap yang tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay Ying membuatnya dikenali sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini seterusnya diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditambah dengan keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Oleh kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan menjadikan Keluarga Wong sebagai idola mereka.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walaupun begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, bangsa, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah Choi inilah yang mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar diamal, dikembangkan dan berasal dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang dikenali sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggeris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sukar ditandingi apabila beliau berjaya mencipta jurus baru yang sangat teknikal tetapi efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan sendiri dengan mata kepala mereka bagaimana 
Wong Fei Hung seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang samseng pelabuhan berbadan sasa dan kejam di Canton yang cuba membelasahnya kerana ia membela rakyat miskin yang diperas ugut oleh mereka.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai ujian dan cubaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali berkahwin kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia yang pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924, Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenang and mengenalinya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dirinya dikenali sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. 

Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Ameen..

Inilah titipan yang saya dapat dari alam maya, sekiranya terdapat fakta-fakta yang lain, bolehlah kemukakan komen di bawah. Apapun, berbuat baiklah sesama manusia. Berjumpa lagi di lain 'posting'.

p/s: Gambar di bawah adalah ilustrasi Wong Fei Hung (Jet Li) dalam filem Once Upon A Time in China..




Fotografi : Sejarah


SEJARAH FOTOGRAFI – HASSAN IBN HASSAN – FATHER OF OPTIC
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu kita di alam maya sekali lagi. Kali ini saya akan post satu lagi minat saya iaitu berkaitan dengan fotografi. Sebelum pergi dengan lebih jauh, adalah lebih baik kita mengetahui terlebih dahulu mengenai sejarah berkaitan penemuan fotografi.  Mungkin anda tidak pernah pun terfikir, dari mana asalnya penemuan ilmu fotografi ini? Mungkin kepada anda, fotografi sekadar memetik pemicu kamera saja.


Hassan Ibn Hassan @ Alhazen @ ibn al-Haytham - Father of Optic

Sebenarnya, Ilmu fotografi bermula dari penemuan pengetahuan tentang ciri-ciri optik dan cahaya oleh saintis islam Iraq yang dikenali sebagai Abū ʿAlī al-asan ibn al-asan ibn al-Haytham . Ilmu-ilmu tentang optik ini telah dibukukan dalam tujuh jilid dan dikenali sebagai Book of Optics (Arabic: Kitāb al-Manāir‎; Latin: De Aspectibus or Opticae Thesaurus: Alhazeni Arabis).

Anda boleh merujuk kepada link wikipedia di atas untuk membaca sendiri penemuan ibn Al Haytham ini. Penemuan beliau telah digolongkan setaraf dengan buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica oleh Sir Isaac Newton sebagai salah satu buku yang paling berpengaruh dalam sejarah fizik, membawa kepada revolusi optik dan persepsi visual.

Sekiranya anda membaca buku-buku fotografi yang datangnya dari jurulatih-jurulatih fotografi yang datang dari amerika syarikat dan sebagainya, anda akan dapati mereka akan merujuk kepada pemikiran dan pemahaman Aristotle tentang fizik optik berbanding merujuk kepada Ibn Al Haytham. Dan seterusnya merujuk kepada penemuan saintis perancis. Malah dalam buku sains fizik dan optik barat sendiri, mereka  selalu mengenepikan Al haytham dan sumbangan beliau sebagai usaha untuk mengenepikan sumbangan saintis Islam dalam dunia ilmu.
Salah satu penemuan penting Ibn al-Haytham, beliau telah membuktikan cahaya bergerak dalam satu garis lurus, dan beliau telah bereksperimentasi dengan lensa,cermin, serakan dan pantulan. Anda akan dapat membaca huraian tentang konsep yang telah difikirkan sejak 1 millenia ini, dalam hampir kesemua buku fotografi asas, malah dalam buku-buku yang banyak membincangkan tentang teori dan applikasi cahaya dalam fotografi seperti Light Science & Magic, An introduction to Photographic Lighting.



Nah, sekarang kita telah tahu bahawa orang Islam lah yang pertama telah memecah kebuntuan dan mempelopori asas kepada ilmu fotografi ini. Dan sehingga kini, fotografi masih lagi membicarakan mengenai keupayaan kita mengamati dan menggunakan cahaya. Asas kepada fotografi juga masih sama seperti 1 millenia dahulu.

Oklah, sekian buat kali ini.. Topik ini akan bersambung dengan asas fotografi..

PING-PONG


Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu kembali ke posting seterusnya dan bercerita mengenai salah satu minat saya iaitu bermain PING-PONG..

PENGENALAN

Permainan ping pong atau ‘table tennis’ adalah satu sukan yang dimainkan oleh dua atau empat orang bermain, dan menggunakan raket (juga dikenali sebagai ‘bats’ atau ‘paddles’) untuk memukul bola (bola pingpong) ke kawasan lawan. Permainan ini memerlukan meja khas untuk ping pong dan di tengah-tengah meja perlu  diletakkan jaring (net) setinggi lebih kurang 15 cm.

Semasa permainan berlangsung, pemain perlu membenarkan bola melantun hanya sekali sahaja dalam kawasan sendiri sebelum dapat memukul bola tersebut ke kawasan pihak lawan. Mata pula akan dikira bila pemain gagal mengembalikan bola mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Saya rasa penerangan di atas terlalu umum dan mungkin semua orang dah tahu. Kalau begitu, jom kita bergerak ke topik Sejarah dan Perkembangan PING-PONG yang mungkin tak ramai orang tahu.















SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PING PONG

  • Pada mulanya ping pong merupakan satu kegiatan masa lapang yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain.
  • Corak atau bentuk pertama permainan ini didaftarkan oleh Charles Barter pada 1981.
  • James Gibb (pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain) membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang kemudiannya diperkenalkan sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada masa itu.
  • Apabila raket kosong yang disaluti velum diperkenalkan, istilah “pingpong” pun tercipta.
  • Ia diambil daripada bunyi ‘ping’ yang dihasilkan apabila bet bertembung dengan bola, dan bunyi ‘pong’ yang terhasil apabila ia melantun di atas meja.
  • Pada tahun 1902 seorang professor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan memperkenlakannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana.
  • Penjual berbangsa British, Edward Shires telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest.
  • Persatuan Pingpong (The Ping Pong Association) kemudiannya ditubuhkan.
  • Pada tahun 1927, Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (International Table tennis Federation-ITTF)
  • Pemain-pemain eropah boleh dikatakan telah menguasai dunia ping pong sehingga akhir tahun 1940-an menggunakan cara berjabat tangan (Handshake) untuk mementingkan corak pertahanan lebih dari corak menyerang. Lihat gaya pegang di bawah..

  • Permainan ini telah mengalami satu perubahan besar pada tahun 1950-an dengan kemunculan sandwich atau span terbalik (inverted sponge) iatu satu bahan baru untuk membuat muka pukulan bet.
  • Pada tahun ini juga, pemain Jepun telah menguasai dunia ping pong dengan corak permainan dan gaya cekak pen (pen holder: saya gunakan gaya ini) yang mementingkan teknik menyerang dan pergerakan kaki yang pantas.  Lihat gaya pegang di bawah..
  • Pada tahun 1960-an, negeri China muncul sebagai sebuah negara pingpong yang terhandal. Mereka menguasai dunia pingpong menerusi penggunaan teknik laju dan lebih dekat kepada meja.
  • Pada tahun 1970-an, pemain Eropah menunjukkan kebolehan dan keyakinan mereka dalam beberapa pertandingan penting di seluruh negara.
     Saya rasa cukuplah buat posting kali ini. Gambar di bawah merupakan atlet yang saya suka gaya permainannya (Pen Holder).. Pernah menjadi juara dunia tu... Bersambung lagi di lain posting... Ok.. Sharing is caring..


  
    p/s : Saya bukanlah pandai main, sekadar ketuk-ketuk sahaja, hobilah katakan..






SALAM PERKENALAN

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,


Alhamdulillah, buat pertama kali saya menulis blog di atas amanah yang telah diberikan oleh Puan Norazila (Pensyarah EPPD 1063). Sejujurnya saya memang tidak tahu langsung bagaimana nak ber'blog' dan apatah lagi nak menulis blog (Nak posting pun tak tahu). Mungkin ruang dan peluang ini saya akan manfaatkan bagaimana nak mengendalikan blog sebaik mungkin.


Buat pengenalan, saya sertakan ringkasan berkaitan tuan empunya blog dengan menggunakan pendekatan Mind Mapping yang telah diperkenalkan oleh Tony Buzan.. Cuba lihat di bawah..


Mind Mapping di atas secara ringkas menceritakan pengenalan diri. Jika terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah kemukakan soalan .. (Kalau ada le..). MOHD RIJAL JAMALUDDIN tinggal di Pajam, Negeri Sembilan. Bekerjaya sejak tahun 1999.. 


Apapun, kewujudan blog ini sekadar pandangan peribadi penulis dan akan berbicara mengenai beberapa minat saya seperti mind map di atas termasuk Nasyeed, Ping-Pong, Fotografi, Kaligrafi khat, Editing & Design dan juga beberapa info lain. 


















Dengan sebab itu, saya letakkan blog ini dengan nama RIJAL'SVIEW..






















Kepada rakan-rakan yang nak follow blog ini, dipersilakan (Ada ke?). Nantikan posting berikutnya dari saya..


Wassalam.