Ahlan Ya Ramadhan.

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,


Bertemu kembali dan kali ini kita mengalu-alukan kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak.


Ramadhan Kareem!

Allahu 
Akram!




“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan-syaitan dibelenggu.”
[HR Muslim]

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita bakal menjemput tetamu agung yang digelar penghulu segala bulan (saiyidus syuhur) Ramadhan Al-Mubarak. Ramadhan adalah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hambaNya yang beriman sebagai tanda kasih & rahmahNya pada kita. Pelbagai ganjaran menanti buat yang bijak merebut peluang keemasan yang hanya tiba setahun sekali ini. Ibarat jualan murah besar-besaran – buat sedikit sahaja, berganda-ganda yang kita dapat.



Buat yang mengejar gelaran taqwa, (2:183) inilah masanya. Buat yang mengharapkan ampunan, pada bulan inilah peluang terbesar kita. Dan yang paling istimewa, buat yang benar-benar mengejar cinta & rahmatNya, disediakan malam Lailatul Qadr – satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Begitu benar pemurah Allah pada hamba-hambanya. Berbahagialah mereka yang mendambakan redha Allah, menyambut bulan penuh barakah dan maghfirah ini.



Kebiasaan bulan Ramadhan, dikatakan bahawa sebahagian Salafus Soleh mengucapkan selamat tinggal kepada sebahagian lain sehingga mereka berjumpa lagi dalam solat aidil fitri. Yang mereka rasakan adalah; ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Tuhan kami.



Pergilah dunia yang menyibukkan. Pesta ibadah telah bermula. Marilah menghidupkan Ramadhan!


0 comments:

Post a Comment