Video Puasa Ramadhan

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,


Bertemu lagi dan kali ini disertakan petikan Video mengenai Puasa Ramadhan yang disampaikan oleh YBhg Dato' Ismail Kamus memandangkan bulan Ramadhan tidak berapa lama lagi..

Ramadhan Kareem! Allahu Akram..

Nasyid: Video Versi Live Dikir Zikir

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,


Bertemu ke segmen Nasyid versi Dikir Zikir yang melagukan nasyid secara live bersama peralatan perkusi dan alat muzik yang lain.


Ini versi A capella (Nahnu Syabbabul Islam)



Lagi Versi A capella (Salamun Salam)

Ini pula dengan alat muzik (Sollu 'Ala Khairil 'Ibad)

Saksikan yang ini pula (Ummi)




Ok selamat menonton.

Khat: Video Demonstrasi Menulis Basmalah

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,


Bertemu kembali dan kali ini saya akan sertakan video penulis kaligrafi khat menulis basmalah.












Cantik bukan? Diharap daripada video di atas kita dapat menghargai seni khat.


Ok. Jumpa lagi..

Yang Aneh dan Lucu

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,


Bertemu kembali dan kali ini jom kita baca beberapa kisah aneh dan lucu.


Keanehan-keanehan Tukang Azan
Syekh Syihabuddin Muhammad bin Ahmad di dalam kitabnya “Al-Mustatraf” menceritakan tentang peristiwa-peristiwa tukang azan, di antaranya:

( i )

Seorang muazzin telah ditegur kerana azannya terlalu perlahan: “Kami tidak mendengar suara azanmu, kuatkanlah sedikit.”
“Aku dapat mendengarkan suaraku dari jarak satu batu.” jawab si Muazzin.*

( ii )

Seseorang berkata bahawa dia melihat muazzin melaungkan azan, kemudian keluar dari masjid dan lari seperti mengejar sesuatu.
“Hendak kemana engkau?” tanya orang.
“Aku ingin mendengarkan azanku sampai kemana gemanya.” *

( iii )

Diceritakan pula bahawa ada dua orang lelaki telah bersengketa pasal seorang jariah. Kerana tidak ada yang mahu mengalah, kedua-duanya sepakat menumpangkan jariah itu kepada seorang muazzin. Pada sebelah pagi setelah berazan, tiba-tiba muazzin itu berkata: “La ilaha illallah....telah hilang rasa kepercayaan dari manusia.”
“Bagaimana rasa kepercayaan boleh hilang dari manusia?” tanya mereka.
“Ini buktinya.” kata tukang azan itu sambil menunjuk kepada jariah yang ditumpangkan kepadanya. “Jariah ini ditinggalkan kepadaku. Kata yang menumpangkannya dia masih perawan. Tapi setelah aku menggaulinya, ternyata dia sudah janda.”*

( iv )

Dikota Humas ada seorang tukang azan yang memekik-memekik pada pagi Ramadhan: “Bersahurlah kalian! Aku sudah menyuruhmu. Cepatlah makan, sebelum saya berazan. Allah akan menghitamkan mukamu.” *

Seorang berazan sambil melihat lafaz-lafaz azan yang ditulis pada sehelai kertas.
“Engkau tidak hafal azan?” tanya mereka.
“Jangan tanya kepada saya, tapi pergilah kepada Kadi.” jawab Muazzin itu.
Mereka pun pergi ke rumah Kadi dan mengucapkan: “Assalamualaikum, wahai tuan Kadi.”
Kadi tidak segera menjawab, tapi masih mengeluarkan sehelai kertas lalu dibacanya: “Wa alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh.”

Maka orang-orang surau itu pun datang kepada si Muazzin dan meminta maaf setelah mengetahui bahawa kadinya juga tidak hafal Assalamualaikum...” *

( v )
Seorang perempuan mendengar muazzin melaungkan azan Subuh setelah terbit matahari. Ketika sampai pada “Asshalatu khairum minannaum (Solat itu lebih baik daripada tidur), perempuan itu menjawab: “Tidur lebih baik daripada solat seperti sekarang ini.”


Keanehan-keanehan Peminta Sedekah
Syekh Syihabuddin Muhammad bin Ahmad menceritakan pula tentang kisah-kisah para peminta sedekah yang sampai kepada beliau.

( i )

Di antaranya kisah seorang peminta sedekah yang datang ke sebuah rumah, lalu berseru: “Wahai tuan yang empunya rumah...” Belum sempat dia meneruskan perkataannya, tuan rumah telah bangun meninggalkannya sambil berkata: “Semoga Allah melapangkan engkau.”
“Wahai tuan rumah! Alangkah baiknya kalau engkau mendengarkan apa yang akan kukatakan terlebih dahulu. Barangkali aku datang untuk menjemputmu ke majlis kenduri kahwin.” kata si peminta sedekah. *

( ii )

Diceritakan pula bahawa seorang peminta sedekah berdiri di hadapan pintu sebuah rumah kerana mengharapkan sesuatu.
“Semoga Allah melapangkan engkau. Kami tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada engkau.” kata tuan rumah.
“Sisa-sisa makanan pun jadi.” kata si pengemis.
“Kami tidak punya.” kata tuan rumah.
“Sedikit gandum atau syair pun jadilah tuan.”
“Kami tidak punya.”
“Secawan susu atau zait?” kata si pengemis.
“Kami tidak punya.”
“Kalau begitu, berilah saya sedikit air suam saja.”
“Kami tidak punya apa-apa.”
“Kalau begitu, apa yang engkau buat di dalam rumah ini? Pergilah keluar mengemis. Kalian lebih patut menjadi peminta sedekah daripada saya.” kata si pengemis lalu pergi. *

( iii )

Syekh Syihabuddin menceritakan pula bahawa seorang pengemis telah berseru di hadapan sebuah rumah: “Tuan, kami lapar, berilah sesuap makanan.”
“Engkau berbohong.” kata tuan rumah.
“Betul tuan. Kalau tidak percaya, tuan boleh cuba aku dengan dua kati roti dan dua kati daging. Nescaya ia akan habis sebagai tanda bahawa kami betul-betul lapar.” kata si pengemis.


Minta 70 Dulang Otak Manusia
Semasa masih dalam Yahudi, Abdullah bin Saba’ telah mengatakan bahawa Yusa’ bin Nun telah mendapat wasiat dari Nabi Musa Alaihissalam tentang kepimpinan selepasnya. Apabila masuk Islam, dia mempromosikan ideanya pula yang mengatakan bahawa Ali bin Abi Thalib telah mendapat wasiat dari Nabi Muhammad SAW agar memegang kepimpinan sesudah kemangkatan baginda.

Abdullah bin Saba’lah yang mula-mula mengatakan bahawa imamah itu adalah hak Ali bin Abi Thalib, dan dia telah mencerca sahabat-sahabat yang lain. Dia berkata bahawa Ali bin Abi Thaliblah yang menyuruhnya agar mengeluarkan perkataan tersebut. Apabila Ali mendengar perkara tersebut, beliau telah memerintahkan agar Abdullah bin Saba’ ditangkap dan dibunuh. Akan tetapi ketika hukuman akan dijalankan, beberapa orang pendukungnya telah menghalangnya dengan suatu alasan. Kemudian Ali membuang bekas tokoh Yahudi itu ke Madain. Walau bagaimanapun, Abdullah bin Saba’ masih tetap mempertahankan ideanya kerana memang bertujuan ingin menggoncang aqidah umat Islam dari dalam.

Ketika berita kewafatan Khalifah Ali telah tersebar, Abdullah bin Saba’ menyumpah-nyumpah membantah dan tidak mempercayainya. Dia telah berkata kepada orang yang membawa berita itu: “Engkau telah berbohong! Walaupun engkau bawa ke sini otak Ali dalam tujuh puluh dulang dan engkau bawa tujuh puluh orang saksi yang adil mengakui bahawa Ali telah terbunuh, aku tetap tidak mempercayainya. Aku tahu bahawa Ali tidak akan mati dan tidak akan terbunuh. Sesungguhnya beliau tidak akan mati sehinggalah beliau menguasai seluruh muka bumi ini.”
Apa yang jelas, Sayyidana Ali bin Abi Thalib memang wafat terbunuh, kerana beliau adalah manusia biasa juga.


Rahsia Alif, Lam, Mim Dalam Surat Khalifah
Diceritakan bahawa Sultan Mahmud telah mencabar Khalifah Al-Qadir Billah di Baghdad, mungkin kerana timbul suatu perselisihan faham. Sultan Mahmud menghantar utusan kepada Khalifah Al-Qahir dengan membawa surat ugutan bahawa beliau sanggup menghantar pasukan bergajah untuk melanggar dan memporak perandakan Baghdad. Diterangkannya pula bahawa gajah-gajahnya boleh mengangkat bumi Baghdad dan dibawa ke Ghazanah.

Khalifah Al-Qadir tidak tinggal diam, beliau terus mengirim surat cabaran. Anehnya surat Khalifah hanya mengandungi tiga huruf saja iaitu: ( Alif, Lam, Mim ) Sultan bingung ketika menerima surat tersebut kerana tidak faham apa maksudnya. Beliau memanggil pakar-pakar bahasa, tapi mereka juga tidak mengetahui maksudnya. Ahli-ahli Tafsir dan Al-Quran juga dipanggil dan mereka berusaha mempadan-padankan surat Khalifah itu dengan surah-surah di dalam Al-Quran yang diawali dengan huruf Alif Lam Mim, tapi tidak sesuai. Ia tidak dapat dihubung kaitkan dengan kandungan surat Khalifah yang dihantar kepada Sultan.

Dalam keadaan Sultan bingung mencari orang yang lebih pakar lagi, tampil seorang pemuda yang selama ini tidak diambil kira oleh mereka.

“Kalau Sultan mengizinkan, saya cuba untuk mempelajari rahsia surat itu.” kata si pemuda.

Para pegawai istana melaporkan tawaran si pemuda kepada Sultan, dan baginda mengizinkannya.
“Panggil dia ke sini.” kata Sultan.
Si pemuda masuk dan surat itu pun dihulurkan kepadanya. Setelah berfikir beberapa minit, si pemuda bertanya: “Apakah Sultan pernah menghantar surat kepada Khalifah yang berisi ugutan untuk menyerang dengan menggunakan tentera bergajah?”
“Betul, betul. Tapi apa hubungannya?” tanya Sultan.
“Kalau begitu, Khalifah telah menghantar surat kepadamu yang ertinya: “Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka’bah) itu sia-sia?”
(Al-Fil: 1-2)

“Oh... betul tuanku. Khalifah telah menyahut cabaran tuanku.” kata para pakar bahasa dan Tafsir hampir serentak. Sultan merasa gembira dan berterima kasih kepada si pemuda dan diberinya hadiah yang banyak. Mereka juga merasa gelihati sendiri kerana telah berpusing-pusing membongkar Tafsir dan mengkaji surah-surah yang dimulakan dengan Alif lam mim, tapi ternyata ia hanyalah hujung surat Al-Fil.*

Aristotles berkata: “Orang yang berakal dapat menangkap fikiran orang yang berakal. Sedang orang yang bodoh tidak dapat menerima fikiran orang yang berakal, bahkan tidak dapat menerima orang bodoh.”



Sekian buat kali ini, moga bermanfaat.

Fotografi: Lensa 50mm


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,


Bertemu lagi dalam ruangan fotografi. Kepada pengguna DSLR, penggunaan lensa tetap (Prime lense) mungkin sudah tidak asing lagi terutamanya lensa 50mm. Tapi tahukah anda bahawa ramai tidak sedar sebenarnya lensa tetap atau utama 50mm sering digunakan pada zaman kamera menggunakan filem lagi. Dengan lensa itu, apa yang kita nampak, itulah yang dirakamkan. Ia bermakna rakaman menggunakan lensa 50mm adalah rakaman asal mengikut pandangan mata dan ada juga yang mengatakan lensa tetap 35mm.


Jurufoto veteran tidak ramai yang menggunakan lensa sudut lebar atau lensa jarak jauh (tele) kerana agak mahal pada waktu itu. Jadi 50mm satu-satunya lensa yang dimiliki.
Kini dalam era fotografi digital yang menjadikan sensor kamera format DX dipangkas (crop) berbanding format asal 35mm, lensa 50mm mula diminati semula.


Ini kerana penggunaan lensa 50mm pada kamera format DX akan membuatkan ia menjadi lensa tele ekoran pembesaran sebanyak 1.5 kali. Jadi setiap rakaman yang dilakukan akan memberi sedikit pembesaran dan tidak lagi apa yang kita nampak, itulah yang akan dirakamkan. Kini 50mm banyak digunakan untuk merakamkan potret namun ia sebenarnya boleh digunakan untuk pelbagai rakaman subjek. Apa yang perlu, jurufoto mempelbagaikan sudut rakaman.


Lensa tetap tidak sama dengan lensa zoom yang boleh bergerak dari sudut lebar ke tele dengan hanya memusing lensa. Penggunaan lensa 50mm memerlukan jurufoto bergerak ke hadapan atau belakang bagi mendapatkan rakaman menarik. Jika jurufoto rapat dengan subjek misalnya seorang model, ia akan menghasilkan 'Bokeh' - perkataan Jepun bermaksud keadaan kualiti estetik kabur. Jadi, lebih tinggi bukaan (aperture) akan lebih jelas keadaan bokehnya.


Kini, lensa 50mm didatangkan dengan bukaan paling tinggi f/1.4 yang membolehkan rakaman dilakukan di dalam cahaya suram.


Saya sertakan gambar-gambar yang diambil menggunakan lensa tetap 50mm, f/1.8.









Jadi, pelbagaikan sudut penggunaan lensa 50mm dan bukan hanya untuk potret sahaja.


Ok. Sekian buat kali ini.

Bagaimana Mengawal Stress

Kesucian Hati Adalah Penentu
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,



Seperti yang dijanjikan, kita bertemu lagi dengan topik Bagaimana Mengawal Stress. Jom tengok.


Islam amat mementingkan persoalan hati kerana hatilah yang menentukan buruk baik sesuatu perkara. Nabi Muhammad bersabda: “Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging apabila ia baik akan baiklah seluruh jasad. Sebaliknya apabila ia buruk akan buruklah seluruh jasad. Daging itu ialah hati.” (Riwayat Bukhari-Muslim) Hati, apabila tidak digilap dengan ramuan yang betul, akan diserang dengan pelbagai jenis penyakit.

Hati yang paling rendah martabatnya ialah yang dipenuhi dengan nafsu al-ammarah. Allah berfirman: “Dan aku tidak membebaskan diriku daripada kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu al-ammarah selalu menyuruh kepada kejahatan...” Surah Yusuf ayat 53)

Hati yang dipenuhi nafsu al-ammarah mempunyai kecenderungan untuk memuaskan syahwat, mudah marah, tamak haloba, sombong, bongkak, suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah kecewa sehingga akhirnya seseorang menyalahkan Tuhannya kerana membebankannya dengan masalah yang dihadapi. Hati yang seperti ini menyebabkan tuannya mengalami tekanan secara berterusan dan akhirnya membawanya kepada kecelakaan dan kebinasaan.

Apabila hati digilap dengan amalan yang sesuai, ia meningkat ke tahap yang lebih stabil iaitu nafsu al-lawwamah. Allah berfirman: “Aku bersumpah dengan hari kiamat dan aku bersumpah dengan jiwa al-lawwamah (yang amat menyesali dirinya sendiri).” (Surah Al-Qiyamah ayat 1-2) Hati yang dipenuhi nafsu al-lawwamah menasihati tuannya tentang kefanaan dunia. Ia menyedarkan tuannya tentang keutamaan yang perlu dicari ketika tuannya terbabas dan terpesona dengan kesenangan yang memperdayakan. Apabila hati terus digilap, ia meningkat kepada makam nafsu al-mutmainnah ataupun hati yang tenang damai. Allah berfirman: “Wahai hati yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu.” (Surah Al-Fajr ayat 27-30)

Mereka yang memiliki hati yang mutmainnah amat yakin dengan janji-janji Allah. Justeru, mereka sentiasa tenang menghadapi ujian dan tekanan di dunia kerana mereka merindukan kesenangan di akhirat

Zikir Dan Ibadah Yang Khusyuk
Ibadah yang khusyuk mendatangkan kedamaian kepada jiwa seseorang dan kedamaian ini akan lebih mendekatkannya kepada Allah sehingga akhirnya timbullah kelazatan dan keenakan ketika beribadah. Ketika itu, ibadah menjadi penawar yang mampu meredakan sebarang tekanan yang melanda hati. Di antara ibadah yang boleh mendamaikan hati ialah zikrullah. Sehubungan dengan ini Allah berfirman: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Surah Ar-Ra’d ayat 28)

Solat yang khusyuk juga boleh mendamaikan jiwa, justeru Allah berfirman di dalam Al-Quran: “Wahai mereka yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu..”(Surah Al-Baqarah ayat 153) Mengikut riwayat, Nabi Muhammad ketika berdepan dengan masalah akan memperbanyakkan solat Baginda kerana solat bagi Baginda adalah amalan penyejuk hati. Baginda bersabda: “Dan dijadikan cahaya mataku pada solat.” (Riwayat An-Nasai)

Dr. Ahmed El-Kadi dari Klinik Akbar di Panama City, Florida, membuat satu kajian berhubung kesan mendengar Al-Quran ke atas fisiologi manusia, sebagai contoh denyutan jantung, tekanan darah serta tekanan saraf dan otot. Beliau mendapati, mereka yang mendengar Al-Quran, termasuk daripada kalangan yang bukan Muslim dan bukan Arab, mengalami perubahan fisiologi yang positif di dalam diri mereka.

Bersyukur Dan Menjauhi Ketamakan
Reda dan bersyukur dengan pemberian Allah mampu menghilangkan tekanan di hati. Sebaliknya mereka yang tamak tidak akan berpuas dengan apa yang ada sehingga mereka menjadi tertekan mengejar kesenangan yang memperdayakan. Mengikut pandangan Islam, kekayaan yang sebenarnya tidak terletak pada harta benda sebaliknya kepada jiwa yang damai. Nabi Muhammad bersabda: “Tidaklah kekayaan itu lantaran banyak harta sebaliknya kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa.” (Riwayat Bukhari-Muslim)

Keinginan untuk merampas hak orang lain sering kali melahirkan perasaan hasad dengki dan hal ini amat dibenci oleh Allah. Zuhud adalah penawar kepada tamak dan haloba. Nabi Muhammad bersabda: “Zuhud daripada dunia akan menyebabkan kamu dikasihi Allah dan zuhud daripada apa yang dimiliki manusia (iaitu tidak berkeinginan untuk merampas hak orang lain) akan menyebabkan kamu disukai oleh manusia.” (Riwayat Ibn Majah - Hadis Hasan)

Pemikiran Positif Dan Tidak Mudah Berputus Asa
Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Justeru, perkara yang paling penting yang perlu kita lakukan ialah memperbaiki diri dari masa ke semasa tanpa mengenal putus asa sehingga akhirnya kita menjadi insan yang lebih baik. Apabila kita pernah melakukan dosa dan noda, bertaubatlah kerana Allah Maha Penerima Taubat. Yang paling penting ialah, jangan berputus asa. Allah berfirman: “Ibrahim berkata, ‘Tidaklah berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang sesat sahaja’.” (Surah Al-Hijr ayat 56)


Justeru, janganlah mudah berputus asa. Sekali kita gagal tidak bermakna kita gagal selama-lamanya. Jadikan kegagalan hari ini sebagai rangsangan untuk kejayaan hari esok. Pemikiran positif seperti ini adalah penting untuk mencapai kejayaan justeru Allah mengingatkan umat Islam tentang kepentingannya berpandukan firmanNya: “Janganlah kamu berasa lemah dan janganlah berdukacita kerana kamu adalah golongan yang tinggi jika kamu beriman.” (Surah Ali-Imran ayat 139)

Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri.

Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Puasa Ialah Penawar
Umat Islam diwajibkan melaksanakan ibadah puasa selama lebih kurang 12 jam setiap hari di bulan Ramadan, melainkan oleh sebab-sebab yang diizinkan oleh syariat. Allah berfirman: “Wahai mereka yang beriman, diwajibkan ke atas mu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelum mu semoga kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah ayat 183)

Dr. Soliman dari Universiti Hospital di Amman telah melakukan kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 wanita Islam yang berpuasa pada tahun 1984. Di samping itu, Dr. F. Azizi dan rakan-rakannya juga membuat kajian ke atas sembilan orang lelaki yang berpuasa Ramadan di Universiti Sains Perubatan di Tehran. Kajian-kajian ini menunjukkan, puasa di musim Ramadan tidak memudaratkan kesihatan umat Islam secara amnya. Malah ia memberi kesan yang baik pada metabolisme lemak dan pengawalan berat badan seseorang. Puasa juga meredakan tekanan pada jiwa seseorang kerana, di samping tidak makan, minum dan bersetubuh di siang hari, umat Islam digalakkan membaca Al-Quran, membanyakkan solat, menjaga lidah dan banyak bersedekah. Amalan-amalan ini menguatkan dan mendamaikan hati.

Membantu Orang Lain Mendamaikan Jiwa
Islam mengatakan, tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah. Justeru, umat Islam digalakkan memberi dan menolong dan sebagai balasannya mereka dibantu dan ditolong oleh Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Sesiapa yang meringankan satu kesusahan dunia yang dihadapi oleh seseorang mukmin, Allah akan meringankan baginya satu kesusahan di hari Kiamat. Sesiapa yang membantu kesusahan yang dialami seseorang, Allah akan membantu kesusahannya di dunia dan di akhirat..” (Riwayat Muslim)

Menurut satu kajian kebangsaan yang dilakukan ke atas 3,300 pekerja sosial di Amerika, mereka yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti kebajikan sering mengecap perasaan damai dan tenang selepas membantu orang lain (helper’s high). 90% daripada mereka berasa lebih sihat dan tekanan hidup mereka juga semakin berkurangan. Sebahagian yang lain pula mengalami kelegaan daripada sakit-sakit tulang, lelah dan gastrik.

Pasangan Hidup Dan Rakan-Rakan Yang Baik
Pasangan hidup kita adalah sumber kekuatan dan ketenangan bagi diri kita. Allah berfirman: “Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagi mujodoh dari jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikan di antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah Ar-Rum ayat 21)

Rakan juga penting dalam hidup kita. Nabi Muhammad bersabda: “Rakan yang baik adalah seperti penjual minyak kasturi. Dia mungkin memberikan sedikit minyak itu kepadamu ataupun kamu boleh terus membeli minyak itu darinya. Paling kurang, kamu dapat mencium bau minyak yang wangi...” (Riwayat Bukhari-Muslim)

Hiburan Yang Tidak Melampau Adalah Penawar
Hiburan yang tidak melampau mengikut batas-batas yang diizinkan syariat boleh membantu meredakan tekanan di samping mendatangkan pahala. Aisyah ra pernah menghantar pengantin perempuan ke rumah sahabat Ansar. Nabi Muhammad bertanya kepada beliau: “Ya Aisyah, tidakkah disediakan hiburan pada majlis itu? Orang-orang Ansar sukakan hiburan.” (Riwayat Bukhari)

Dr. Yusuf Qardawi di dalam Halal dan Haram berkata: “Di antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati ialah nyanyian. Ia diizinkan oleh Islam selama mana ia tidak dicampuri dengan perkara yang haram dan perkataan yang sia-sia yang boleh membawa kepada haram.”

Senaman Dan Rekreasi Meredakan Tekanan
Islam menggalakkan umatnya aktif beriadah dan membenci mereka yang malas dan tidak aktif. Nabi Muhammad bersabda: “Semua perkara melalaikan seseorang daripada zikrullah melainkan empat perkara, iaitu pergi memanah, melatih kuda untuk berperang, bergurau senda di antara suami isteri dan belajar berenang.” (Riwayat Thabrani)

Senaman menambahkan kekuatan mental dan ketajaman pemikiran. Di samping itu ia juga merangsang kreativiti dan imaginasi seseorang. Mengikut satu kajian, senaman dapat mengurangkan kemurungan kerana ketika bersenam otak mengeluarkan bahan-bahan kimia asli seperti endorphins yang berfungsi mendatangkan ketenangan dan menghilangkan kesedihan serta kemurungan. Justeru, senaman adalah penawar yang mujarab bagi mengawal tekanan atau stress. Bagi mereka yang mengalami masalah susah tidur atau insomnia, kajian menunjukkan bersenam di siang hari dapat mengurangkan masalah itu.

Jenaka, Senyum Dan Ketawa Meredakan Tekanan
Senyuman membantu meredakan tekanan di hati kita dan orang lain. Abdullah ibn Harith ra meriwayatkan: “Tidak ada manusia yang lebih banyak tersenyum melainkan Rasulullah.” (Riwayat Tarmuzi)

Dr. Lee Berk dan Dr. Stanley Tam dari Universiti Loma Linda di California dan juga pengkaji-pengkaji dari Universiti Stanford, Sekolah Perubatan Harvard, Universiti Ohio State dan Universiti Duke mendapati jenaka dan tertawa mampu meredakan kemarahan dan kerisauan. Ia juga mampu mengurangkan kesugulan atau depression, justeru, bagi mereka yang sedang mengambil rawatan untuk kesugulan atau depression, dos rawatannya boleh dikurangkan. Jenaka dan tertawa meningkatkan kadar sel-sel T di dalam badan. Sel-sel T berfungsi meningkatkan daya ketahanan sekali gus mengawal pembiakan kuman di dalam badan.

Menjauhi Rokok Dan Arak
Perokok-perokok sering mengatakan rokok meredakan tekanan ke atas diri mereka. Sebaliknya kajian-kajian menunjukkan, nikotin yang terdapat di dalam rokok mengganggu otak dan saraf sehingga akhirnya perokok mengalami tekanan yang dikenali sebagai smokers stress ke tahap yang tinggi berbanding mereka yang tidak merokok. Perkara ini disebutkan oleh pakar-pakar dari Psychological ARTS yang beribu pejabat di Austin.

Institut Penyalahgunaan dan Ketagihan Alkohol Kebangsaan di Amerika mendapati alkohol juga meningkatkan tekanan. Hal ini disebabkan alkohol merangsang pengeluaran hormon-hormon seperti corticosterone dan adrenaline dari kelenjar-kelenjar pituitary, adrenal dan hypothalamus. Hormon-hormon ini meningkatkan tekanan di dalam diri manusia.240 Justeru, Nabi Muhammad bersabda: “Jauhilah sesuatu yang memudaratkan..” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Berdoa Dengan Khusyuk Adalah Penawar
Berdoa adalah ibu ibadah. Imam An-Nawawi menukilkan perkataan Imam Al-Ghazali di dalam kitab Al-Azkar berhubung dengan kepentingan doa: “Doa menjadi sebab bala dijauhkan dan rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan.”

Doa yang diterima oleh Allah ialah doa yang dilakukan dengan hati yang khusyuk seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad: “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaan mu. Ingatlah, Allah tidak memperkenankan doa yang datang daripada hati yang lalai.” (Riwayat Tarmizi).



Sekian buat kali ini. Moga bermanfaat kepada kita semua.

Mengenali Stress

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,


Kali ini kita cuba mengenali stress. Jom kita telusuri makna stress dengan lebih jelas.


Dr. Hans Selye, seorang tokoh ilmu psikologi yang terkenal, mendefinisikan stres atau tekanan sebagai “reaksi badan yang tidak menentu atau tidak spesifik (non-specific reaction) terhadap suatu keadaan.”

Stress atau tekanan mempunyai kebaikannya. Sebagai contoh, peperiksaan menyebabkan tekanan, namun ia menyebabkan seseorang membuat persiapan yang rapi untuk menghadapinya. Sakit juga menyebabkan tekanan, namun ia adalah penting untuk melahirkan keinsafan dan kesedaran. Tekanan yang melahirkan kesan yang positif ini di namakan sebagai eustress atau tekanan yang baik. Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami akan mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada mereka yang sabar.” (Surah Al-Baqarah ayat 155)

Tekanan yang berbahaya ialah yang tidak dapat dikawal sehingga membuat seseorang mengalami kesugulan, putus harapan, keinginan untuk membunuh diri dan seumpamanya.

Masalah dan ujian kebiasaannya tidak menyebabkan tekanan yang melampau ke atas seseorang. Yang menyebabkannya ialah persepsi yang salah ataupun pemikiran yang negatif, sehingga akhirnya menimbulkan reaksi yang melampau. Sebagai contoh, apabila dua orang dihadapkan dengan tekanan yang sama, reaksi mereka adalah berbeza. Seorang mungkin tidak boleh menerima realiti dan terus berputus asa, lantas tekanan yang dialaminya sangat tinggi. Rakannya pula menganggap ujian sebagai lumrah hidup dan menerimanya sebagai cabaran dan kesempatan untuk memperbaiki diri, justeru tekanan yang dialaminya merupakan tekanan yang menguntungkan. Salah satu contoh yang amat baik untuk ditonjolkan ialah seorang lelaki kudung yang dipaparkan oleh TV Malaysia pada malam 16 Januari 1996. Beliau dilahirkan sebagai seorang bayi yang kudung kedua-dua belah tangannya namun beliau tidak menjadikan kecacatannya sebagai alasan untuk kecewa dan berputus asa. Sekarang bayi itu sudah dewasa dan berjaya menjadi seorang doktor perubatan dan telah berkhidmat selama 16 tahun. Namanya ialah Dr. Zhou.

Mengikut suatu kajian yang dilakukan oleh Prevention Magazine, 10 punca utama yang menyebabkan tekanan yang memudaratkan atau stressors kepada manusia ialah:

1. Masalah kewangan
2. Masalah kerjaya
3. Memikul terlalu banyak tanggungjawab
4. Masalah perkahwinan
5. Masalah kesihatan
6. Masalah anak-anak
7. Kesunyian
8. Masalah seks
9. Masalah saudara mara
10. Masalah jiran


Kesan Tekanan Ke Atas Kesihatan
Tekanan sering kali memberi kesan kepada fizikal dan kesihatan seseorang dan di antara manifestasinya ialah:

• Denyutan jantung menjadi laju

• Kerap sakit

• Susah tidur

• Mudah letih

• Cepat marah

• Tidak mampu memberi tumpuan

• Sakit perut dan usus

• Suka mengambil gula-gula

• Terlibat dengan penyalahgunaan dadah

• Minum arak

Tekanan dan Darah Tinggi
Tekanan merangsang pengeluaran hormon cortisol di dalam darah. Hormon ini menyebabkan tekanan darah meningkat dan apabila keadaan ini berterusan seseorang boleh menghidap penyakit darah tinggi.

Tekanan dan Kenaikan Kadar Kolesterol
Dr.
Catherine Stoney dari Universiti Ohio melaporkan, tekanan jangka panjang menyebabkan paras lemak meningkat di dalam darah. Lebihan lemak ini menyempitkan pembuluh darah atau atherosclerosis dan apabila ini berlaku di dalam pembuluh darah koronari, serangan jantung akan berlaku.

Tekanan dan Sakit Jantung
Di samping hormon cortisol, tekanan juga merangsang pengeluaran adrenaline dan homocysteine. Hormon adrenaline memudahkan proses pembekuan darah dan fenomena ini apabila berlaku pada pembuluh darah koronari boleh menyebabkan serangan sakit jantung. Mengikut satu kajian yang dilakukan di Universiti Duke, tekanan juga boleh menyebabkan pembuluh darah koronari menguncup (constriction) dan hal ini meningkatkan risiko seseorang diserang sakit jantung koronari. Homocysteine adalah asid amino yang sering dikaitkan dengan penyakit jantung koronari, justeru peningkatannya ketika tekanan meningkatkan risiko diserang penyakit ini.

Tekanan dan Sistem Pertahanan Badan
Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan tekanan melemahkan sistem pertahanan badan dan meningkatkan risiko mendapat infeksi. Hal ini disebabkan, pengeluaran hormon epinephrine dan norepinephrine meningkat pada waktu tekanan dan kedua-dua hormon ini berfungsi melemahkan peranan sel-sel pembunuh kuman atau natural killer cells di dalam badan.

Tekanan dan Kesugulan
Otak manusia memerlukan bahan-bahan kimia tertentu untuk menstabilkan fungsinya. Bahan-bahan ini menjadi penghubung di antara sel-sel saraf di dalam otak dan ia memastikan sistem saluran maklumat berjalan dengan baik. Di antara bahan-bahan yang diperlukan ialah serotonin, norepinephrine dan dopamine. Ketidakseimbangan di antara bahan-bahan ini boleh menyebabkan kesugulan atau depression dan kajian-kajian menunjukkan tekanan yang kronik boleh menyebabkan kesugulan ini.

Tekanan dan Memori
Web MD Health bertarikh 25 September 2000 melaporkan tentang satu kajian yang mendapati tekanan melemahkan konsentrasi dan daya ingatan individu dan keadaan ini meningkatkan risiko berlakunya kemalangan di tempat kerja dan rumah. Kajian ini juga mendapati, pendedahan yang lama kepada hormon cortisol yang sering meningkat pengeluarannya pada waktu seseorang mengalami tekanan, merosakkan bahagian otak yang berfungsi menyimpan dan memproses maklumat yang dikenali sebagai hippocampus.

Tekanan dan Seks
Kajian-kajian juga menunjukkan, tekanan mengurangkan minat seseorang terhadap seks dan boleh menyebabkan kemandulan. Bagi lelaki, kemandulan ini berpunca dari pengeluaran hormon-hormon tertentu oleh otak yang menyempitkan pembuluh darah di bahagian zakar sekali gus menghalang penegakan zakar (erection). Bagi wanita, hormon-hormon ini mengganggu bahagian otak yang dikenali sebagai hypothalamus. yang berfungsi mengeluarkan hormon-hormon kesuburan.

Tekanan dan Kecacatan Bayi
Kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar di Denmark menunjukkan, tekanan yang kronik boleh menyebabkan kecacatan anak di dalam rahim ibu terutamanya kecacatan di bahagian mulut dan jantung. Penemuan ini diterbitkan oleh majalah Lancet pada 9 September 2000.

Mereka yang cemerlang ialah mereka yang mengenali stres serta mampu menanganinya dengan baik dengan menggunakan formula yang betul.



Sekian buat kali ini, posting seterusnya kita akan membincangkan Bagaimana Mengawal Stress..

Nasyid: Alat Perkusi

Sejarah Perkusi Dalam Islam


Perkusi selalunya dimainkan semasa majlis perkahwinan. Ia digunakan untuk mengiringi nyanyian puisi, marhaban dan sebagainya. Sewaktu Nabi Muhammad S.A.W tiba di Madinah, baginda telah disambut dengan meriahnya oleh umat Islam dengan alunan nasyid dan selawat ke atas baginda. Mereka bukan sahaja bernasyid malahan diiringi oleh alunan kompang yang dimainkan oleh kaum Ansar. Semasa peperangan, perkusi juga digunakan oleh umat Islam untuk menaikkan semangat mereka. Gendang-gendang ini dimainkan oleh kaum wanita. Ini menunjukkan bahawa wanita juga boleh terlibat di medan peperangan. Sejarah-sejarah tersebut memperlihatkan bahawa gendang atau perkusi mempunyai perkaitan yang rapat dengan jiwa dan pergerakan fizikal kita. Semuanya bergantung kepada bagaimana cara dan tujuan kita menggunakannya. Selagimana ia tidak bertentangan dengan hukum syara’ maka gunalah ia sebaik-baiknya.

Pengenalan Perkusi

Muzik adalah sumber inspirasi dan ketenangan jiwa bagi setiap insan. Walaubagaimanapun, harus diingatkan, ini hanyalah sebahagian daripada hiburan duniawi. Namun, hiburan yang paling hakiki adalah dengan mengingati tuhan dan menghayati ciptaan-Nya. Kita telah diberikan pilihan untuk memilih corak hiburan yang sesuai dengan jiwa dan sanubari kita, tapi ia perlu mengikut landasan yang ditetapkan syariah agama terhadap kita.

Perkusi secara definisinya adalah alat muzik yang boleh diketuk atau dipalu atau digoncang atau digarik atau yang mempunyai dua atau lebih ciri-ciri di atas. Ia merupakan alat muzik yang paling asas, digunakan oleh manusia sejak 6000 tahun sebelum Masehi. Tidak hairanlah jika ia dikatakan sebagai ‘tulang belakang’ atau ‘backbone’ kepada sesuatu susunan muzik. 

Contoh Alat Perkusi Yang Diketuk


Contoh Alat Perkusi Yang Digoncang

Contoh Alat Perkusi Yang Digarik

Terdapat tiga jenis alat perkusi iaitu membranophone, metalonophone dan idiophone. 

Membranophone adalah alat perkusi yang menggunakan kulit atau apa-apa medium yang membentuk membran untuk menghasilkan bunyi, seperti kompang, gendang jawa atau conga. 

Metalonophone pula mengkhususkan permainan alat perkusi yang berasaskan logam pejal yang sudah dilaraskan bunyinya mengikut nota-nota muzik yang tertentu seperti gamelan, caklempong, dan xylophone. 

Alat perkusi yang boleh menghasilkan bunyinya sendiri tanpa sebarang medium dipanggil idiophone. Ia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri untuk menghasilkan bunyi contohnya angklung, tambourine, shaker dan cymbal.

Sejarah Perkusi

Perkusi merupakan sejenis alat muzik terawal yang digunakan di dunia ini. Ia merupakan alat hiburan alternatif bagi masyarakat terdahulu selain nyanyian. Malah ia digunakan untuk mengiringi nyanyian seseorang dan menambahkan lagi mutu persembahan tersebut disamping mewarnai melodi sesebuah lagu dengan rentak-rentak tertentu.

Alat-alat perkusi boleh ditemui di mana-mana sahaja. Hampir setiap etnik, kaum atau bangsa mempunyai alat perkusi yang melambangkan identiti mereka. Perkusi menjadi melodi asas atau `basic rhythm’ untuk sesebuah lagu. Ini kerana rentak perkusi lah yang akan menentukan corak dan jenis lagu itu. Sebagai contoh, dalam masyarakat Melayu, rentak asli hanya sesuai di mainkan untuk lagu-lagu asli sahaja. Ianya tidak sesuai dimainkan untuk lagu inang kerana struktur lagu itu mempunyai corak yang berbeza daripada lagu asli. Jadi, di sini kita dapat membuat satu kesimpulan bahawa penggunaan rentak yang sesuai amatlah penting dalam sesebuah lagu.

Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan kepada seseorang itu menggunakan sesuatu rentak perkusi untuk lagu yang berlainan. Inilah yang dikatakan sebagai pengolahan kreatif atau `creative arragement’ untuk mencipta melodi kreatif yang baru. Namun begitu amatlah diharapkan agar kita dapat memelihara keaslian lagu-lagu tersebut walaupun terdapat pengolahan yang baru pada lagu.         

Pada zaman dahulu, alat-alat perkusi bukan sahaja digunakan sebagai alat hiburan, tetapi juga sebagai alat perhubungan. Sebagai contohnya, `talking drum’ atau gendang bercakap, digunakan oleh orang Afrika yang tinggal di pesisir pantai untuk berkomunikasi dalam jarak-jarak tertentu. Seorang nelayan yang baru pulang dari lautan membawa hasil tangkapan akan membunyikan gendangnya menandakan dia sudah pulang. Begitu juga seorang ibu yang mahu memanggil ahli keluarganya pulang untuk menikmati makanan, akan membunyikan gendang tersebut dengan cara ketukan atau bunyi-bunyi yang tertentu.

Selain itu, perkusi juga digunakan sewaktu perperangan untuk menaikkan semangat para pejuang menentang musuh. Jika kita lihat dalam siri-siri peperangan di Eropah pada masa dahulu, askar-askar kerajaan akan diiringi oleh `snare drum’ atau dram samping semasa berperang. Setiap langkah mereka selalunya mengikut rentak yang dimainkan oleh pemain drum. Sebab itulah wujudnya rentak ‘march’ yang yang bertujuan memberikan semangat kepada para pejuang. Setiap paluan yang dipukul adalah sebagai arahan kepada askar untuk maju ke medan perang.

Gambar di bawah saya sertakan gambar alat-alat perkusi yang kerap digunakan di dalam persembahan nasyid secara 'live'.







Kenal Karektor Melalui Tulisan?..


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,
Bertemu kembali dan kali ini saya nak kongsikan satu ilmu yang digunakan oleh ahli psikologi dalam mengkaji karektor manusia iaitu Graphology.


Graphology=Kajian Grapho ertinya tulisan, Logy ertinya bidang ilmu. Jadi Graphology bermaksud Bidang Ilmu tentang Tulisan. Berikut kajian tentang tulisan yang dijalankan oleh pakar motivasi yang tidak asing lagi iaitu Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Jom kita tengok..


Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Analisis di atas berdasarkan kajian, mungkin di antara kita seperti yang diperkatakan. Apapun,  sentiasalah kita muhasabah diri dan memperbaiki diri kita.
Jumpa lagi.

Nasyid: Nyanyian dan Muzik dari Perspektif Ulama


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Kita bersambung daripada topik pengenalan tentang Nasyid. Kali ini kita berbicara berkaitan Nasyid, Nyanyian dan Muzik dari perspektif Ulama. 

Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia, menyegarkan otak dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut; Pemandangan yang indah menjadi kelazatan bagi mata; bauan yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebainya.Adakah perkara-perkara yang baik dan lazat ini haram bagi Islam?!

Daripada beberapa dalil Qur’an,setiap benda yang baik lazimnya halal; Oleh itu setiap yang baik dipandang oleh jiwa dengan baik; akal manusia yang sejahtera adalah halal sebagai kerahmatan kepada umat Islam ini dan juga kerana kesyumulan, kelengkapan, dan keberkekalan risalah Islam.

Firman Allah (maksud):
“Mereka bertanya kepadamu:Apakah yang dihalalkan bagi mereka?Bagi menjawabnya katakanlah:Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik. “(Maaidah: 4)

Hak mutlak menghalal/mengharam sesuatu adalah milik Allah saja: (maksud):
“Katakanlah:’ Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfa’at kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanyaharam dan sebahagian lagi halal?Katakanlah lagi (kpd mereka):Adakah Allah mengizinkan kepada kamu hanya mengada-ngadakan secara dusta terhadap Allah?” (Yunus:59)

Firman Allah (maksud):
“Sesungguhnya merugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan lagi tidak berilmu (sedang Allah memberi rezki kepada sekelian makhluk); dan rugilah (mereka) yang mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.” (al An’am: 140)

Firman Allah (maksud):
“Dan kehidupan dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka..” (Ankabut: 64)

RasuluLlah saw pernah menasihati Handzalah, Wahai Handzalah, bergurau ada masanya dan serius ada masanya. Saidina Ali ada menasihatkan:Rehatkan hatimu dr masa ke semasa kerana hati jika dipaksa akan menjadi buta. Juga dari Ali KW: Hati juga merasa jemu sepertimana juga badan merasa jemu; maka carilah perkara-perkara yang menarik untuk menghiburkannya. Telah berkata Abu Darda’:Aku menghiburkan diriku dengan sedikit al Lahwu untuk menguatkan diriku dalam melakukan perkara-perkara kebaikan.

KATA IMAM AL GHAZALI:

Apabila diajukan kepada Imam al-Ghazali apakah nyanyian termasuk al Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan permainan..dan semua guarauan bersama isteri adalah al lahwu melainkan jima’ yang bertujuan melahirkan zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah halal. Sebab itulah ada waktu-waktunya makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerihatan kepada orang yang sering melakukannya. Kerihatan sebenarnya menolong utk terus beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya’.

Maka al lahwu (berhibur seketika) adalah ubat juga bagi jiwa. Maka al lahwu sudah semestinya Harus. Tapi al lahwu seperti mana ubat-ubatan yang lain ia tidak boleh diambil secara berlebihan.

Jika al lahwu disertai dengan niat ibadah, ia menjadi ketaatan kepada Allah. Sesiapa yang mendengar nyanyian dan muzikal janganlah menganggapnya sebagai sifat terpuji! Tapi hanya sekadar mendapatkan kelazatan dan kerihatan semata-mata.

Manusia mempunyai tingkatan: perkara-perkara yang harus kepada golongan martabat ABRAR (golongan yang baik) adalah kejahatan kepada golongan muqarrabin ( mereka yang sangat hampir dengan Allah) dan seterusnya.

Oleh itu kita mesti mengambil hukum ‘am/pada kadar yang biasa. Bagi yang mengetahui selok belok cara untuk mengubat hati, cara untuk melembutkan hati dan mendorongnya kepada kebenaran, secara pasti dia juga akan tahu bahawa merihatkan hati dengan perkara-perkara begini (lahwun dan la’ibun) adalah ubat yang berguna yang mesti digunakan (al Ghazali).
Nyanyian adalah Harus (dibolehkan) tapi dalam Acuan Islam. Muzik adalah termasuk dalam perkara tabi’iy (asasi) di sisi fitrah manusia. Ia juga termasuk bab Uruf (adat resam sesuatu bangsa); ada bangsa yang amat suka kepada muzik dan nyanyian; Islam tidak menghalang sesuatu yang selari dengan fitrah dan diterima oleh uruf (adat) atau cara hidup budaya setempat. (Prof Qardhawi, halal ; haram , juga Fatwa Mu’asirat) Bermain gambus dan nyanyian oleh hamba sahaya sudah diamalkan sejak zaman Ali bin Talib dan tiada yang menegahnya..

Malangnya industri musik seperti juga bidang-bidang lain, ia diterajui oleh Barat yang mempunyai muslihat yang jahat terhadap Islam terutama remajanya. Apabila industri muzik; nyanyian itu diterajui oleh Barat, maka umat Islam perlulah berhati-hati, unsur-unsur yang diketengahkan oleh mereka adalah bertujuan melalaikan manusia, menjatuhkan mereka kepada maksiat dan menjurus kepada manusia meninggalkan kehidupan beragama. Industri muzik Barat juga memperkenalkan pelbagai jenis muzik yang melampau seperti heavy metal, rap, rock, super dance dan lain-lain yang bertentangan dengan fitrah. Ini bertentangan dengan hiburan dalam Islam yang bertujuan memberi sedikit kerehatan kepada jiwa manusia.
Oleh itu rumusannya industri musik dan nyanyian yang harus ialah yang sesuai dengan fitrah manusia, menghibur dan memberi ketenangan kepada jiwa dan mematuhi adab-adab Islam ; ini menuntut kesedaran Islam yang tinggi dari pemuzik dan pencipta lagu Muslim supaya membentuk arahalir industri musik yang tersendiri dan terpisah drpd pengaruh jahat Barat. Sebarang percubaan Barat untuk menghanyutkan umat Islam kepada kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan, mestilah dihalang, menetapi kaedah Masoleh Mursalah (kepentingan awam), Sadd Adz Dhara’iy (menutup pintu-pintu kejahatan) dan Istiqra’ (pungutan suara rakyat) juga Urf (adat budaya tempatan).

PANDANGAN ULAMA” TERHADAP MUZIK
Ulamak yang paling berautoriti dalam hukum-hukum yang baru utk abad ini ialah al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:

Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)

Kedua: AlQur’an yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar kesempurnaan dalam Tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.

Ketiga: Fuqaha’ terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan, perayaan id. Mengikut fuqaha’ Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kpd konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.

Keempat: Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al A’raf: 32-33. siapakah yang berani mengharamkan perhiasan drpd Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan rezki yang baik-baik?….. hingga akhir.
Kesimpulannnya: secara ‘amnya muzik dibenarkan, jika ada larangan terhadapnya adalah kemalangan atau pengecualian disebabkan perlaku penyalahgunaan terhadap muzik itu sendiri.

Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam al-Ghazali (Ihya’ Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan. ‘Zaman’ merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah. ‘Makan’ merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan. ‘Ikhwan’: merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.

Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.

Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?
Al Ghazali menjelaskan (Ihya’ Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang diarang.

Menurut Prof Lamya’ alfaruqui hukum hudud Islam jika seseorang didapati mencuri alat muzik ini berbedza-bedza mengikut madzhab. Misalnya menurut Syaikh Ibn Abu Zaid al Qairawan, Bakhurah alSa’ad menjelaskan pencuri alat muzik tidak boleh dipotong tangannya. Imam Syafi’iy dalam al Umm menjelaskan seseorang yang didapati bersalah memecahkan peralatan muzik tidak boleh dihukum. Manakala menurut sebahagian ulamak sesiapa yang memecahkan seruling atau sebarang alat muzik, ia layak dkenakan hukuman kerana menjual peralatan muzik itu sah di sisi undang-undang Islam.
Kesimpulan dan tarjih:

1. Menurut Fatwa Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan maksiat

2. Menurut al Ghazali, tidak ada perincian syara’ tentang peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kpd zaman(masa), makan(tempat), dan ikhwan(aktiviti muzik); mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang jelik dan dihubungkan dengan kumpulan manusia yang jahat akhlaknya adalah ditegah.

3. Hukum muzik, pemuzik dan peralatan muzik akan sentiasa berubah mengikut keadaan umat dan ulamak semasa.

Sekian buat kali ini.

Nasyid: Pengenalan

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,


Bertemu kembali di dalam topik yang juga merupakan salah satu minat saya iaitu Nasyid.


Apa itu Nasyid?
Nasyid merupakan nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah, dan yang seumpamanya.

Nasheed (Arabic: kata akar/tunggal Ù†Ø´ÙŠØ¯ , kata jamak Ø£Ù†Ø§Ø´ÙŠØ¯; juga disebut Nasyid di Malaysia dan Indonesia; manakala di Bosnia and Herzegovina: Ilahija) lagu kebudayaan Islam. Mengikut tradisinya, nasyid dinyanyikan secara a cappella, yakni nyanyian mengikut cara ini hanya diiringi dengan daff. Lagak Muzik ini digunakan oleh kebanyakan Ilmuan Muslim kerana mereka menafsirkan bahawa ajaran Islam adalah melarang penggunaan Instrumen alatan muzik kecuali untuk sesetengah Alatan Muzik Asas (Percussion). Kebanyakan masyarakat pula mengagumi ketulenan dan kesederhanaan dalam muzik.

Generasi terbaharu dalam arena muzik "Nasheed" yakni dari kalangan artis menggunakan kepelbagaian instrumen muzikal dalam seni mereka. Hal ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi dikalangan komuniti Islam kerana kebanyakan dari pihak Ilmuan Islam berpendapat pilihan ini adalah suatu kewujudan(Bidaah) keatas Muzik Dalam Islam. Nasheed moden juga turut dilihat melangkaui kumpulan aliran utama muzik Nasheed seperti kumpulan Outlandish, Aman, dan artis nasheed solo seperti Dawud Wharnsby Ali, Sami Yusuf, Slave of Allah dan Idris Phillips, yang dikatakan mampu menarik hati dan pandangan banyak masyarakat Muslim serta, ia mampu menjadi pemimpn kepada persembahan artis di Festival Kebudayaan Islam, Konferensi, Konsert dan Pertunjukan (seperti ISNA, Celebrate Eid, Young Muslims). Artis-artis dan organisasi lain seperti Noor Media pula 100% tidak menggunakan instrumen muzik dalam penerbitan album Nasheednya.



Peningkatan penjualan bahan hiburan berdasarkan produk Nasheed adalah dilihat lebih didorong oleh para penerbit profesional yang dapat menghasilkan media hiburan Nasheed dalam bentuk klip video dan trek lagu. Sebagai contoh Madinah Tun-Nabi oleh Aashiq al-Rasul Al Mu'allim, Meditation, Hasbi Rabbi (semuanya oleh Sami Yusuf), Du'a oleh Seven 8 Six, Mercy like the Rain oleh SHAAM & Our World oleh Zain Bhikha. Dan yang terkini Maher Zain dalam Album Insya Allah dan Forgive Me.

Pada awalnya nasyid membawakan alunan bercorak padang pasir, tetapi kini kumpulan nasyid semasa telah membawa pelbagai rentak bercorak baru untuk para pendengar. Pembaharuan ini menjadikan lagu-lagu nasyid lebih menarik dan bersifat lebih daya saing dalam bidang seni.

Selalunya nasyid lebih gemar didendangkan dengan alat muzik tanpa tali, namun mengikut beberapa pendapat ulama fiqh perkara memainkan alunan nyanyian nasyid dengan alat muzik bertali seperti gitar dan piano adalah dibenarkan.

Berjumpa lagi di dalam entri seterusnya yang akan membincangkan berkaitan penggunaan alat muzik di dalam Nasyid.


Fotografi: Nak beli DSLR jenama apa?


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi dalam entri berkaitan fotografi. Kali ini saya kongsikan topik yang sering menjadi perbualan kepada peminat fotografi iaitu apakah Kamera Digital Single Lens Reflex (DSLR) terbaik untuk mereka kalau mula-mula nak beli?
Antara soalan yang biasa ditanya ,
"Antara Nikon dan Canon, yang mana satu lagi bagus?" (Walaupun masih banyak lagi jenama lain).





Jadi, nak tahu yang mana satu yang paling bagus? jom baca sampai habis untuk entri kali ni. Mudah-mudahan semua dapat gambaran umum apakah yang terbaik untuk mereka yang mahu memulakan hidup di dalam dunia fotografi.

Kebanyakan pembeli pertama kali DSLR adalah orang-orang yang biasanya melakukan naiktaraf atau 'upgrade' dari kamera Point and Shoot (P & S) atau kamera kompak (compact camera), dan alasan mengapa kebanyakan orang ingin meng-upgrade ke DSLR mungkin kerana mereka berfikir DSLR akan mengambil foto lebih baik.(Betulke??Jom Kaji)

Walaupun secara teknikal dan umumnya, DSLR harus memberikan kualiti gambar yang lebih baik daripada P&S dan kompak, anda harus belajar tentang fotografi dan mampu menggunakan kamera dengan betul sebelum anda boleh mendapatkan keputusan yang lebih baik dengan DSLR.

Ingat! Kamera hanyalah alat.

BAJET / JULAT HARGA (PRICE RANGE) 
Dah dapat gambaran sebenar DSLR kan?Sekarang jom kita tengok cara-cara memilih DSLR. Hal pertama yang biasa bermain di kepala kita bila kali pertama hendak membeli DSLR pastinya Harga! (Kalau tak da duit mcm mana nak beli ye tak?hehe)
Oleh itu, soalan pertama yang anda boleh ajukan pada diri sendiri:
"Berapa banyak wang/duit yang mampu aku nak gunakan untuk kamera DSLR?"
Haa..dah letak angka tersebut dalam hati? Jom kita tengok 3 kelas untuk kamera DSLR ni:


1. Peringkat Entri / Entry Level memerlukan kos sekitar RM1,800 - RM 3,500
2. Peringkat Tengah / Intermediate Level memerlukan kos sekitar RM 3,500 - RM 8,000
Contoh kamera Intermediate Level
3. Peringkat Profesional / Profesional Level boleh mencecah sehingga RM16,000!
Contoh Kamera Professional Level
Jadi agak-agak dah tahu kelas mana yang mahu anda pilih? mudah kan?
1.  Tengok akaun ada berapa duit.
2.  Lihat banyak mana jumlah yang anda sanggup keluarkan.
3. Pilih jenama mana yang menawarkan lebih banyak kelebihan kamera untuk bajet anda.
4.  dan yang terakhir, Beli~ :-)

PERTIMBANGAN UMUM

Terdapat juga persoalan seperti apa sebenarnya beza antara P&S dan DSLR?

Harus diingat bahawa sekiranya anda telah membuat keputusan untuk membeli DSLR, ia sedikit berbeza dengan membeli kamera kompak dan P&S. Ini bermakna anda bukan hanya membeli sebuah kamera. Anda sebenarnya telah meletakkan diri anda untuk memiliki SELURUH SISTEM!

Sebuah kamera DSLR sistem yang boleh terdiri daripada:
  • Bodi/Badan kamera
  • Lensa
  • Flash Light (Speedlite)
  • Aksesori seperti remote, bateri grip dll.


FAKTA BERGUNA UNTUK ANDA:
  • Setiap pengeluar kamera DSLR membuat sebuah sistem yang tidak serasi dengan komponen dari pengilang kamera lain. Contohnya, jika anda membeli DSLR Canon, anda tidak akan boleh menggunakan lensa Nikon (kecuali dengan adapter) dan perkara yang sama terjadi bagi unit flash.
  • Sistem kamera DSLR utama di pasaran berasal dari Canon, Nikon, Sony, sistem Four-Third (Olympus dan Panasonic). Fujifilm juga mengeluarkan DSLR yang boleh menggunakan lensa Nikon.
  • Canon dan Nikon mungkin mempunyai sistem paling maju dengan pelbagai pilihan lensa dan aksesori, masing-masing menghasilkan sekitar 60 lensa yang berbeza. Sony, sistem Four-Third dan Pentax berada di tangga ke-2, dengan masing-masing pembuat menghasilkan sekitar 30 lensa yang berbeza untuk masing-masing.
  • Ergonomi merupakan faktor yang sangat penting untuk dipertimbangkan dalam memilih DSLR. Setiap orang memiliki keutamaan yang walaupun berbeza pendapat.

Apakah kamera berasa selesa di tangan anda? Bolehkah kita mencapai butang-butang pada badan kamera yang sering digunakan ketika kamera tersebut dipegang?Adakah DSLR ini terlalu kecil atau terlalu besar? Terlalu ringan atau berat? Mampukah DSLR tersebut di'on' dan di'off'kan dengan pantas? Ini semua soalan-soalan yang perlu kita jawab sendiri apabila mencuba mana-mana DSLR.

JADI SISTEM APA YANG HARUS SAYA BELI?
Sepertimana kamera kompak yang tidak sempurna, begitu jugaklah sistem DSLR.

'Tiada sistem DSLR yang sempurna, masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri'

Kebiasaaanya, orang akan memilih Nikon atau Canon, namun ini tidak bermakna sistem lain tidak bagus dan teruk. Masih ada yang mampu menggunakan jenama selain Canon dan Nikon dan mereka mampu menghasilkan gambar yang menakjubkan dan hebat!

Jadi,

Sebagai berita buruk, anda sepatutnya tahu sendiri apakah yang anda mahu dari DSLR tersebut.

Manakala berita baiknya pulak, tidak kita apa yang anda pilih, setiap DSLR itu pasti ada kelebihan tersendiri (mungkin banyak kelebihan atau sedikit kelebihan sahaja yang membezakan)

RECOMMENDATION / SARANAN

Masih tidak berpuas hati dengan jawapan di atas?OK..OK..hehe
Secara peribadinya, anda bolehlah membeli sistem yang mampu berkembang dan membangun dengan baik, jadi adalah disyorkan sistem Canon atau sistem Nikon.

Entry Level
Buat peminat Canon - Canon EOS 500D, Canon EOS 550D
Buat peminat Nikon - Nikon D3000 , Nikon D5000

Intermediate Level

Buat peminat Canon - Canon EOS 50D atau Canon EOS 7D
Buat peminat Nikon - Nikon D90 dan Nikon D300s

PESANAN PENTING!
  • Ramai yang tersalah anggap ketika hendak pilih DSLR, mereka akan bertanya "Berapa Megapixel kamera ni?" . Sebenarnya soalan itu hanya akan menjawab persoalan tentang resolusi (resolution) sahaja. Percaya atau tak, ia tak akan ada kaitan dengan kualiti gambar! Kalau anda nk print billboard atau poster yang besar-besar gedabak. Haa..masa tu baru tanya soalan mcm ni. 
  • Sekiranya kewangan anda terhad, anda boleh cuba membeli bodi kamera yang didatangkan sekali dengan 'kit lens'. Kebiasaannya kit lens mempunyai nilai optik dan kualiti yang masih boleh dikatakan dalam kategori baik dan bagus. Contoh,  Canon18-55 atau  Nikkor 18-55 .
  • Cuba susun pembelian anda mengikut priority. Mula-mula beli bodi + kit -> kemudian beli Flashlight -> Kemudian beli lensa telezoom -> Bag -> .......... (terserah mengikut kepentingan kepada anda samada untuk kerjaya fotografi atau sekadar hobi sahaja)
  • Jangan termakan pujuk rayu jurujual (yang mungkin hanya nak duit~) mengatakan yang mahal adalah yang terbaik. Ikut bajet anda dan buatlah sedikit research dalam internet tentang kamera tersebut.
  • Bagi peminat Nikon, carilah badan yang ada focus motor supaya mudah untuk ada di kemudian hari. (d40, d40x dan d60 TIDAK memiliki focus motor ini bermakna anda harus mencari lensa yang mempunyai focus motor sendiri untuk menggunakan Auto Focus dan lensa sebegini kebiasaannya mahal!), bagi pengguna Canon anda tak perlu risau.
Jadi, buat pilihan bijak dan bertemu lagi.