Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.
Seperti yang dijanjikan kita bertemu lagi di dalam Rahsia Solat Siri 2: Rahsia Solat 5 Waktu.
Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan
Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan
kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang
dilakukan di dalam ibadat sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas
jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian
seseorang.
Terdapat penemuan dan pengkajian yang membahaskan perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap
peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini
yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi
mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda
yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka
yang kerap tertinggal waktu
Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan
menghadapi masalah komunikasi dan rezeki..
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang
mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad
bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga
daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat
diawal waktu.. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu
berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh
melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang
terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna
kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi
mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya
berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan
hilang sifat cerianya. Orang yang tengah
sakit perut ceria tak ?
ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar
di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang
merangkumi sistem reproduktif. Rahsia
warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap
tertinggal Asar akan hilang daya
kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang
ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan
oleh organ-organ reproduktif kita.
MAGHRIB
Menjelang waktu
Maghrib, alam berubah ke warna merah
dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan
oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi
jin dan iblis
(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang
dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti
dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak
interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata
kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah
keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
ISYAK
Apabila masuk
waktu Isyak, alam berubah ke warna
Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan
dengan sistem kawalan otak. Mereka yang
kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu
ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada
dalam kerehatan.
QIYAMULLAIL
Selepas tengah malam, alam mula bersinar
kembali dengan warna putih, merah jambu
dan seterusnya ungu
di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh
sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan
warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan
kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang
dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk
menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya
bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah
s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam
ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t
mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya
sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam
menjaga solatnya …?
Mudah-mudahan kita digolongkan di kalangan orang-orang yang menunaikan solat.
Ameen..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment