Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,
Kali ini kita cuba mengenali stress. Jom kita telusuri makna stress dengan lebih jelas.
Dr. Hans Selye, seorang tokoh ilmu psikologi
yang terkenal, mendefinisikan stres atau tekanan sebagai “reaksi badan yang
tidak menentu atau tidak spesifik (non-specific reaction) terhadap suatu
keadaan.”
Stress atau tekanan mempunyai kebaikannya. Sebagai contoh, peperiksaan
menyebabkan tekanan, namun ia menyebabkan seseorang membuat persiapan yang rapi
untuk menghadapinya. Sakit juga menyebabkan tekanan, namun ia adalah penting
untuk melahirkan keinsafan dan kesedaran. Tekanan yang melahirkan kesan yang
positif ini di namakan sebagai eustress atau tekanan yang baik. Allah
berfirman, “Sesungguhnya Kami akan mengujimu dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira
kepada mereka yang sabar.” (Surah Al-Baqarah ayat 155)
Tekanan yang berbahaya ialah yang tidak dapat dikawal sehingga membuat
seseorang mengalami kesugulan, putus harapan, keinginan untuk membunuh diri dan
seumpamanya.
Masalah dan ujian kebiasaannya tidak menyebabkan tekanan yang melampau ke atas
seseorang. Yang menyebabkannya ialah persepsi yang salah ataupun pemikiran yang
negatif, sehingga akhirnya menimbulkan reaksi yang melampau. Sebagai contoh,
apabila dua orang dihadapkan dengan tekanan yang sama, reaksi mereka adalah
berbeza. Seorang mungkin tidak boleh menerima realiti dan terus berputus asa,
lantas tekanan yang dialaminya sangat tinggi. Rakannya pula menganggap ujian
sebagai lumrah hidup dan menerimanya sebagai cabaran dan kesempatan untuk
memperbaiki diri, justeru tekanan yang dialaminya merupakan tekanan yang
menguntungkan. Salah satu contoh yang amat baik untuk ditonjolkan ialah seorang
lelaki kudung yang dipaparkan oleh TV
Mengikut suatu kajian yang dilakukan oleh Prevention Magazine, 10 punca utama
yang menyebabkan tekanan yang memudaratkan atau stressors kepada manusia ialah:
1. Masalah kewangan
2. Masalah kerjaya
3. Memikul terlalu banyak tanggungjawab
4. Masalah perkahwinan
5. Masalah kesihatan
6. Masalah anak-anak
7. Kesunyian
8. Masalah seks
9. Masalah saudara mara
10. Masalah jiran
Kesan Tekanan Ke Atas Kesihatan
Tekanan sering kali memberi kesan kepada fizikal dan kesihatan seseorang dan di
antara manifestasinya ialah:
• Denyutan jantung menjadi laju
• Kerap sakit
• Susah tidur
• Mudah letih
• Cepat marah
• Tidak mampu memberi tumpuan
• Sakit perut dan usus
• Suka mengambil gula-gula
• Terlibat dengan penyalahgunaan dadah
• Minum arak
Tekanan dan Darah Tinggi
Tekanan merangsang pengeluaran hormon cortisol di dalam darah. Hormon ini
menyebabkan tekanan darah meningkat dan apabila keadaan ini berterusan
seseorang boleh menghidap penyakit darah tinggi.
Tekanan dan
Dr.
Tekanan dan Sakit Jantung
Di samping hormon cortisol, tekanan juga merangsang pengeluaran adrenaline dan
homocysteine. Hormon adrenaline memudahkan proses pembekuan darah dan fenomena
ini apabila berlaku pada pembuluh darah koronari boleh menyebabkan serangan
sakit jantung. Mengikut satu kajian yang dilakukan di Universiti Duke, tekanan
juga boleh menyebabkan pembuluh darah koronari menguncup (constriction) dan hal
ini meningkatkan risiko seseorang diserang sakit jantung koronari. Homocysteine
adalah asid amino yang sering dikaitkan dengan penyakit jantung koronari,
justeru peningkatannya ketika tekanan meningkatkan risiko diserang penyakit
ini.
Tekanan dan Sistem Pertahanan Badan
Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan tekanan melemahkan sistem pertahanan
badan dan meningkatkan risiko mendapat infeksi. Hal ini disebabkan, pengeluaran
hormon epinephrine dan norepinephrine meningkat pada waktu tekanan dan
kedua-dua hormon ini berfungsi melemahkan peranan sel-sel pembunuh kuman atau
natural killer cells di dalam badan.
Tekanan dan Kesugulan
Otak manusia memerlukan bahan-bahan kimia tertentu untuk menstabilkan
fungsinya. Bahan-bahan ini menjadi penghubung di antara sel-sel saraf di dalam
otak dan ia memastikan sistem saluran maklumat berjalan dengan baik. Di antara
bahan-bahan yang diperlukan ialah serotonin, norepinephrine dan dopamine.
Ketidakseimbangan di antara bahan-bahan ini boleh menyebabkan kesugulan atau
depression dan kajian-kajian menunjukkan tekanan yang kronik boleh menyebabkan
kesugulan ini.
Tekanan dan Memori
Web MD Health bertarikh 25 September 2000 melaporkan tentang satu kajian yang
mendapati tekanan melemahkan konsentrasi dan daya ingatan individu dan keadaan
ini meningkatkan risiko berlakunya kemalangan di tempat kerja dan rumah. Kajian
ini juga mendapati, pendedahan yang lama kepada hormon cortisol yang sering
meningkat pengeluarannya pada waktu seseorang mengalami tekanan, merosakkan
bahagian otak yang berfungsi menyimpan dan memproses maklumat yang dikenali
sebagai hippocampus.
Tekanan dan Seks
Kajian-kajian juga menunjukkan, tekanan mengurangkan minat seseorang terhadap
seks dan boleh menyebabkan kemandulan. Bagi lelaki, kemandulan ini berpunca
dari pengeluaran hormon-hormon tertentu oleh otak yang menyempitkan pembuluh
darah di bahagian zakar sekali gus menghalang penegakan zakar (erection). Bagi
wanita, hormon-hormon ini mengganggu bahagian otak yang dikenali sebagai
hypothalamus. yang berfungsi mengeluarkan hormon-hormon kesuburan.
Tekanan dan Kecacatan Bayi
Kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar di Denmark menunjukkan, tekanan yang
kronik boleh menyebabkan kecacatan anak di dalam rahim ibu terutamanya
kecacatan di bahagian mulut dan jantung. Penemuan ini diterbitkan oleh majalah
Lancet pada
Mereka yang cemerlang ialah mereka yang mengenali stres serta mampu
menanganinya dengan baik dengan menggunakan formula yang betul.
Sekian buat kali ini, posting seterusnya kita akan membincangkan Bagaimana Mengawal Stress..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment