Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.
Seperti yang dijanjikan kita bertemu lagi di dalam Rahsia Solat Siri 2: Rahsia Solat 5 Waktu.
Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan
Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan
kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang
dilakukan di dalam ibadat sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas
jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian
seseorang.
Terdapat penemuan dan pengkajian yang membahaskan perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap
peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini
yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi
mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda
yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka
yang kerap tertinggal waktu
Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan
menghadapi masalah komunikasi dan rezeki..
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang
mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad
bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga
daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat
diawal waktu.. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu
berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh
melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang
terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna
kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi
mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya
berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan
hilang sifat cerianya. Orang yang tengah
sakit perut ceria tak ?
ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar
di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang
merangkumi sistem reproduktif. Rahsia
warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap
tertinggal Asar akan hilang daya
kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang
ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan
oleh organ-organ reproduktif kita.
MAGHRIB
Menjelang waktu
Maghrib, alam berubah ke warna merah
dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan
oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi
jin dan iblis
(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang
dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti
dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak
interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata
kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah
keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
ISYAK
Apabila masuk
waktu Isyak, alam berubah ke warna
Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan
dengan sistem kawalan otak. Mereka yang
kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu
ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada
dalam kerehatan.
QIYAMULLAIL
Selepas tengah malam, alam mula bersinar
kembali dengan warna putih, merah jambu
dan seterusnya ungu
di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh
sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan
warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan
kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang
dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk
menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya
bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah
s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam
ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t
mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya
sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam
menjaga solatnya …?
Mudah-mudahan kita digolongkan di kalangan orang-orang yang menunaikan solat.
Ameen..
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,
Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.
Ketika sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.
Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi.
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain.
Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajjud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.
Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
" Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar."
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi dan tajuk kali ini berbicara mengenai Nama, Panggilan, Gelaran, Pangkat Nama, Nama Keturunan. Selalunya orang kata "Apa ada pada nama? Dan ianya agak menarik untuk dibicarakan dan apa yang ada disebalik nama dan dari mana bermula salasilah nama2 ini..
Raja, Ratu, Sultan, Sultanah, Tuanku, Tunku, Tengku, Ungku, Engku,
Putera, Puteri, Megat, Tun, Toh Puan, Tan Sri, Puan Sri, Dato', Datuk, Datin,
Tuan, Puan, Encik, Cik, Pak, Mak, Tok, Hang, Dang, Sang, Yang, Si, Mat
(Melayu), Nik, Che, Wan, Che Wan, Tuan, Long, Ku (Kelantan Siam Patani),
Pengeran, Dayang, Awang, Abang, Pehin, Datu, Datu Patinggi (Brunai Borneo),
Syed, Said, Shaikh, Sheikh, Syarifah, Mohamad, Siti, Abdul (Arab), Shah, Khan
(Pakistan/Iran), Wak, Raden, Bung (Jawa), Daeng (Bugis) kebanyakannya adalah gelaran yg menunjukkan
kedudukan, pangkat, keluarga dan darjat mereka ataupun keturunan moyang mereka. Tapi kalau nama keluarga, ia diperturunkan menurut keturunan untuk menunjukkan
asal usul keturunan darah keluarga itu. Jom kita tengok cerita dan riwayat yang didapati dari alam maya.
Prediket Sayyid, Syarif dan Habib, Meor
Apakah yang dimaksudkan dengan prediket Sayyid, atau Syed yang
diletakkan bersama dengan nama seseorang yang berketurunan darah Rasulullah SAW? Perkataan `As-Sayyid', (jamaknya `Saadat' atau `Asyad'), sebenarnya merupakan kalimah Arab yang memberi
makna `ketua' atau `pemimpin'.
Sahih Al-Bukhari meriwayatkan sebuah Hadis, Rasulullah SAW pernah menegaskan mengenai Al-Hassan : "Sungguhlah bahawa puteraku ini (sambil menunjuk kepada Al-Hassan r.a) adalah Sayyid. Mudah-mudahan melaluinya Allah akan mendamaikan (pertikaian) antara dua golongan besar dari kaum Muslimin."
Rasulullah SAW juga pernah menggelar puterinya, Fatimah sebagai `pemimpin kaum wanita Islam (sayyidah nisa' ummati)' dan cucunda baginda, Al-Hussain, sebagai `pemimpin kaum belia di syurga
(sayyid syabab ahlal-jannah).' Selain itu, kalimah Sayyid dalam beberapa konteks yang lain bererti `ketua suku' (sayyid al qabilah)
atau orang bangsawan. Istilah `Syarif', (jamaknya `Asyraaf), bererti
ketua atau pemimpin, sama maksudnya dengan istilah `Sayyid'. Gelaran `Syarif' dipakai untuk Bani Hasyim di masa-masa permulaan
Islam sebagai nama sebutan, atau prediket bagi mereka. Orang pertama dari Bani Hasyim yang memakai gelar `Syarif' ialah Syarif Ar-Radhiy dan saudaranya Al-Murtadho.
Di Hijaz, sebutan `Syarif' tidak digunakan kecuali untuk para Penguasa Mekah dari keturunan Al-Hassan. Menurut adat dan kebiasaan umat Islam, prediket `Sayyid' diberikan kepada ahlul-bait dari keturunan Al-Hussein sementara `Syarif' dari keturunan Al-Hassan.
Keturunan Sayyidd dari Hadhralmaut, iaitu sebuah negeri di Selatan Semenanjung Arab, juga dikenali dengan gelaran `Habib', yang bererti
orang yang dikasihi.
Apabila seseorang berketurunan Sharifah berkahwin dengan orang bukan berketurunan
Syed, nama bayinya dengan sendirinya ditukarkan nama pangkalnya kepada Meor
kepada anak lelaki dan kepada anak perempuan pula diberikan nama Wan.
Wan dan Nik
Di dalam negeri Kelantan juga tapi wilayah yang lain nama nya Jembal... ada juga satu Raja kat sini. Ni lah cerita Raja Saadong tadi. Yang ni tadi cerita ambil angkat angkat buluh betung dengan dari mulut ikan. Dan anak-anak dia mula dengan nama gelaran NIK.
Balik pada cerita Cik Siti Wan Kembang tadi... dia pun tak ada anak. Jadi, dia ambil lah Puteri Saadong (konon nya memang terlalu cantik sehingga Maharaja Siam datang menculik) jadi anak angkat and dia akan dapat jadi Raja untuk seluruh wilayah Cik Siti Wan Kembang dan wilayah Jembal.
Dipendek kan cerita, lepas dia kena culik oleh Maharaja Siam and kemudian dipulangkan ke Kelantan, dia gaduh lah dengan laki dia nama Raja apa entah. Masa gaduh gaduh tu laki dia ni mati terkena cucuk sanggul Puteri Saadong. Lepas tu Puteri Saadong larikan diri and habislah cerita Puteri Saadong kat sini.
Kemudian, lepas tu baru mula Long Bahar (putera pada Raja Patani nama Wan Daim) jadi Raja kat Jembal. Kat sini lah mula nya keturunan WAN kat Kelantan. Sebenarnya Long Bahar tu keturunan WAN, tapi selalunya jika anak sulung secara automatik akan jadi LONG walaupun anak anak lain adalah WAN. Kira LONG tu nama panggilan lah. Kemudian, anak Long Bahar dengan Wan Anom... nama dia Long Sulaiman ganti jadi Raja lepas Long Bahar tu meninggal. Kat sini Long Sulaiman tu guna nama gelaran LONG juga sebab dia anak WAN yang sulung. Anak Long Sulaiman nama dia Long Yunus yang lepas tu satu kan semua wilayah wilayah kat Kelantan and ishtihar diri dia sebagai Sultan Kelantan yang pertama.
Jadi, begitu lah cerita nya macam mana nama gelaran NIK and WAN ada kat Kelantan. NIK tu asal dari nama anak angkat Puteri Saadong yang dari buluh betung and mulut ikan. Dan WAN pula dari keturunan Long Yunus.
Namun, beliau sendiri tidak dapat memastikan yang gelaran Nik pada nama keluarganya adalah dari kalangan keluarga di raja walaupun neneknya mempunyai gelaran Tengku. 揝aya mewarisi nama Nik daripada ayah iaitu Nik Hasan Nik Yusuf walaupun ibu saya tidak mempunyai gelaran Nik.
Apa yang saya difahamkan, gelaran Nik akan lupus dengan sendiri jika wanita bergelar Nik berkahwin dengan lelaki biasa katanya. Namun, katanya ada juga lelaki Nik yang tidak meneruskan tradisi meletakkan pangkal nama Nik pada anak mereka seperti yang dilakukan oleh bapa saudaranya. Apakah asal usul Nik?
Dari apa diceritakan kepada saya, pada zaman Puteri Saa抎ong (di selatan Thailand), ada seorang raja memerintah tidak memiliki cahaya mata. Justeru, raja berkenaan mengambil anak angkat lelaki.
Seorang diperoleh dari buluh betung manakala seorang lagi daripada mulut ikan sebelah. Jadi, gelaran nama Nik ini diberikan kepada mereka sebagai membezakan dengan gelaran kerabat di raja lain,katanya yang sehingga hari ini tidak pernah menikmati hidangan rebung dan ikan sebelah kerana kepercayaan yang mengatakan keturunan Nik tidak boleh menikmati kedua hidangan berkenaan.
Nik Norma berkata, dari kajian dari buku yang dilakukannya, ada juga pendapat yang mendakwa gelaran Nik berasal dari nama Tengku sekitar kurun ke-18 hingga ke-19 dan diteruskan sehingga kini. Malah, ketika kakak saya ingin bersalin dia dikehendaki membentang kain kuning kerana dikatakan mudah ketika bersalin,katanya yang gembira kerana memiliki gelaran Nik dan berharap dapat meneruskan tradisi nama gelaran itu kepada anaknya pada masa akan datang.
Tapi kat Kedah, gelaran WAN ni sebenarnya dari perkataan PAHLAWAN. Sultan Kedah mula bagi gelaran WAN ni kat Panglima Panglima Istana yang banyak berbakti untuk Kedah.
Masa zaman Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, Siam serang Kedah. Masa ni cerita nya mula bagi gelaran WAN kat Panglima Panglima Kedah i.e. Datuk Bendahara diberi nama Wan Mohd. Sidek and Datuk Temenggung nama dia Wan Musa.
Lepas tu siapa jadi Bendahara, Temenggung, Laksama, etc akan terus bagi gelaran WAN and tu terus lah sampai cucu cicit dia.
1868 - 1917 H.H. Rajah Sir Charles Anthoni Brooke, Rajah of Sarawak.
Anak anak:
1. James Harry Brooke
2. Charles Clayton Brooke
3. H.H. Rajah Sir Charles Vyner de Windt Brooke
Anak anak:
i) Dayang Leonora Margaret
ii) Dayang Elizabeth
iii) Dayang Nancy Valerie
4. Captain H.H. Bertram Willes Dayrell Brooke
Anak anak:
i) H.H. Anthony Walter Dayrell Brooke
ii) Dayang Jean Margaret Palmer
iii) Dayang Elizabeth
iv) Dayang Anne Elaine Primula
5. Harry Keppel Brooke
6. Dayang Ghita Brooke
7. Esca Brooke-Daykin
Megat
The female members of the family are given the hereditary title Puteri. Its Minangkabau pronouncation is 'Puti' which obviously means Princess.
The Megats and the Puteris are royalty by birth. However, it is a common practice to name a child with the titles Megat or Puteri whenever the mother is of Royal Blood (Raja or Tengku)and the father is a commoner. This is due to the fact that in Minangkabau tradition, the status of one's child will depend on their parents. As for Royalties, marrying a commoner is strictly forbidden. Hence, the seniority of the respective parent's families will determine the child's royal status.
The idea of having a Megat or a Puteri from a Royal mother and a commoner father was likely based on the lineage of the famous pioneer Megat in the Malay World - Megat Terawis. Megat Terawis was the first Bendahara of Perak and was known by the title Orang Kaya Bendahara Paduka Raja. He was the son of the Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung. His descendants were holders of the Bendaharaship of Perak. One of his descendants, Megat Menjanas (Orang Kaya Bendahara Paduka Seri Maharaja), married Raja Shah Alam Sayong - a daughter of Sultan Muzaffar Shah II of Perak.
Obviously his descendants used the titles Megat and Puteri. Coincidently, the mother was a daughter of a Perak ruler, people have generalised the rule that for individuals with a Royal mother and a commoner father, have the right to use the titles Megat and Puteri for their children.
Therefore, it should be highlighted that the original usage of Megat and Puteri are strictly for the descendants of the Royal Pagar Ruyung lineage. The descendants of Megat Terawis the First Bendahara of Perak still (to this very day) use the titles Megat and Puteri for their names and their children's.
Some of the prominent members of the Megat Terawis family are:
Dato' Seri Dr Megat Khas Bin Megat Omar
Dato' Megat Yunus Bin Megat Mohd Isa
Dato' Megat Othman Bin Megat Mohd Ali
Dato' Megat Mahmud Bin Megat Ismail
Dato' Seri Megat Jaafar Bin Megat Yunus
Tan Sri Dato' Megat Zaharuddin Bin Megat Mohd Nor
Tan Sri Megat Junid Bin Megat Ayub
Datuk Dr Megat Burhainuddin Bin Megat Abdul Rahman
Dato' Seri Megat Najmuddin Bin Megat Khas
Dato' Megat Mohamed Abdul Wahab Bin Megat Abu Bakar
Megat Zaharuddin Bin Megat Shamsudin
Megat Abdullah Rafaie Bin Megat Marzuki
Megat Mohamad Mentaha Bin Megat Alias
Yang guna nama gelaran RAJA ni cuma dari Perak saja. Those yang ada gelaran RAJA ni di Perak ialah waris keturunan Kesultanan Melaka. Kalau tengok genealogy, keturunan Kesultanan Perak adalah berasal dari Sang Sapurba. So, gelaran RAJA tu kekal sampai today.
Ada juga Raja di Selangor tapi zaman dulu lah. Mereka guna kan gelaran RAJA sebab diberikan oleh Sultan Perak masa tu. Selangor adalah keturunan Bugis iaitu dari keturunan Daeng Celak. Sultan Perak tabalkan anak Daeng Celak iaitu Raja Lumu jadi Sultan. Since then, keturunan Selangor guna gelaran RAJA kat depan nama.
Tapi lepas tahun 1898, Sultan Alauddin Sulaiman bagi nama anak anak dia TENGKU. Tapi ada anak dia pulak yang bagi nama kat anak anak dia RAJA semula. Ni yang aku tak faham. Tapi now Sultan Sultan Selangor semua nama gelaran TENGKU
Asal kat Pahang adalah keturunan Sultan Mansur Shah. Anak dia Sultan Muhammad jadi Sultan Pahang yang pertama. Mula nya keturunan dia semua pakai nama gelaran Raja (sebab waris Kesultanan Melaka). Sampai lah bila Bendahara Dinasti yang jadi Sultan Pahang mula dengan Tun Muhammad Tahir. Lepas tu anak anak dia semua mula guna nama gelaran TUN, TUAN, ENGKU and gelaran tu lama lama berubah jadi TENGKU. Sampai today lah guna nama gelaran tu.
Kesultanan Terengganu sekarang pun asal dari keturunan Bendahara Johor. Sultan Johor pertama, Sultan Zainal Abidin I adalah anak pada Tun Habib Abdul Majid. Jadi keturunan dia mula lah dengan nama TUN, TUAN, ENGKU sampai lah jadi TENGKU and guna sampai today.
Bagi negeri Kelantan pun sama juga, Long Yusuf ikhtiraf diri dia jadi Sultan Kelantan. Keturunan dia mula guna nama gelaran LONG, ENGKU sampai lah jadi TENGKU.
Tunku
Bagi negeri Johor, asal nya memang waris Kesultanan Melaka, tapi Sultan Mahmud Shah Mangkat Dijulang memang tak ada waris. Jadi terputuslah warisan Kesultanan Melaka bermula di sini. Selepas itu, kerajaan Johor diteraju oleh Bendahara iaitu Bendahara Abdul Jalil menjadi Sultan. Keturunan beliau dimulai dengan nama gelaran TUN, TUAN, ENGKU sampai lah ke TENGKU and kemudian TUNKU. Kalau tengok Sultan Johor sekarang ni nama gelaran dia TUNKU. Mungkin sebab bukan sebenarnya keturunan Raja tapi Bendahara dan Temenggung.
Bagi negeri Kedah. Rasa nya mereka asal dari Raja Hindu dari India ke Sri Lanka ke. Sampai lah Kedah di Islam kan.
Bagi negeri Negeri Sembilan apa kata kita suruh Raja Melewar cerita. Nak cerita pun tak tau sangat. zaman dulu orang orang Minangkabau kat Tanah Melayu minta satu Sultan kat negeri dia (which is now Negeri Sembilan lah kan). Then tu Raja Melewar (keturunan Raja Pagaruyung) datang and lantik diri dia jadi Yang Dipertuan Negeri Sembilan. Tapi tak pasti macam mana nama gelaran TUNKU tu datang. Kalau ikut sejarah, Raja Melewar, bapanya Raja Masa Bumi, Raja Khatib, etc guna gelaran RAJA bukan TUNKU. Tapi kenapa selepas Raja Melewar jadi Yang Dipertuan Besar dengan nama Tuanku Sultan Mahmud Shah, anak-anak dia semua guna TUNKU sampai sekarang?
Walau apapun nama yang diberi, adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.
Kembali bertemu dan kali ini kita berbicara mengenai Seni Kaligrafi Khat.
SENI KALIGRAFI
Seni kaligrafi Islam seringkali dikaitkan dengan seni khat. Kaligrafi
secara umumnya mempunyai maksud seni penulisan yang indah. Apabila ianya
dikaitkan dengan Islam, membawa kepada seni penulisan Islam yang indah iaitu
tulisan khat. Perkataan kaligrafi ini berasal dari bahasa Yunani iaitu kalios
yang bererti indah dan graphia yang bererti tulisan. Seni ini diciptakan dan
dikembangkan oleh kaum muslim sejak kedatangan Islam. Sebagai bahasa yang
memiliki karakter lembut dan artistik, huruf Arab menjadi bahan yang sangat
kaya untuk penulisan kaligrafi. Kaligrafi Islam ini juga sangat berkaitan
dengan Al-Quran dan hadis kerana sebahagian besar tulisan indah dalam bahasa
Arab menampilkan ayat al-Quran atau hadis Nabi S.A.W.
SENI KHAT
Seni khat ini merupakan salah satu bidang kesenian yang amat diminati
oleh orang Islam. Keindahannya diabadikan di bangunan-bangunan, kubah masjid,
seramik kaca selain diukir diatas kayu dan logam. Dari semasa ke semasa sejak
zaman Rasulullah S.A.W. hingga hari ini, seni khat terus berkembang dan
meningkat pencapaian dan kecemerlangannya. Seni khat ini juga telah
menghasilkan pelbagai seni reka bentuk khat. Selepas 100 tahun kewafatan
Rasulullah S.A.W. seni ini telah berada dipuncak kegemilangannya.
Seni khat bukan sahaja berperanan mengabadikan Al-Quran dalam bentuk
tulisan akan tetapi juga turut mengabadikan sebahagian ayat dari Al-Quran
tersebut di bangunan-bangunan masjid, rumah dan sebagainya. Ahli khat bukan
sahaja terdi dari kalangan orang Arab bahkan pelbagai keturunan Islam yang lain
diseleruh dunia termasuk Parsi, Turki, India, Melayu dan lain-lain lagi.
Perkembangan seni khat diseluruh dunia pesat sekali, seiring dengan
perkembangan dakwah Islamiyyah dan ilmu Islam.
Khat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis antara yang
mendapat perhatian ramai adalah khat riq'ah, thuluth, khufi, diwani dan nasakh.
Setiap daripada jenis khat mempunyai cara tulisan berbeza yang pastinya unik
dan memukau pandangan si peminat. Berikut adalah contoh-contoh khat mengikut jenis.
KHAT NASAKH
KHAT RIQ'AH
Khat ini dicipta oleh penulis khat Turki Mumtaz Bek pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khan pada tahun 1280H. Tujuan khat ini dicipta ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan.
Ciri-ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, tegak dan tidak menggunakan baris, lebih cepat dan mudah ditulis jika dibandingkan dengan khat yang lain. Kini Khat Riq'ah adalah pilihan untuk tulisan tangan oleh masyarakat Arab.
KHAT THULUTH
Dinamakan Khat Thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen (qalam) yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 (thuluth) lebar mata pen. Ia juga dikenali sebagai Ummul Khat (ibu tulisan) kerana kehandalan seseorang penulis khat tidak akan diakui kecuali setelah dia mahir dalam khat ini. Ia lebih bersifat dekoratif dan mempunyai ciri-ciri kesenian tersendiri. Sesuai digunakan untuk perhiasan dalam masjid, bangunan, papan tanda dan sebagainya.
KHAT DIWANI
Khat ini dicipta oleh Muhammad Munif, disempurnakan bentuknya oleh Syahla Pasya dan al-Hafidz Othman. Khat ini mula terkenal setelah Konstantinopel (Istanbul) ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada tahun 857H. Tulisan ini berbentuk condng ke kiri, lembut, bundar dan melengkung, bersusun,bertindih-tindih dan tidak berbaris. Tujuan tulisan ini dicipta ialah untuk menulis surat rasmi, keputusan dan pekeliling pentadbiran kerajaan. Kini ia banyak digunakan untuk menulis sijil, watikah dan tulisan hias.
KHAT DIWANI JALI
Khat ini dicipta pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah oleh khattat bernama Syahla Pasya pada abad ke-10H. Ia berbeza dengan Khat Diwani kerana terdapat baris-baris dan titik hiasan serta mempunyai bentuk huruf yang lebih besar dan jelas. Dinamakan Jali bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Digunakan untuk tulisan rasmi diraja dan surat menyurat kepada kerajaan asing. Bentuknya memenuhi kesemua ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan yang tersusun indah.
KHAT KHUFI MUSHAFI
Khat ini merupakan tulisan diperingkat awal dan juga merupakan asas kepada tulisan Arab. Perkataan kufi diambil bersempena sebuah bandar iaitu kufah di Mesopotamia. Bentuk huruf secara umumnya lurus dan tegak. Dengan peredaran masa, khat ini telah berkembang dan menjalani perubahan dari bentuk asalnya kepada bentuk-bentuk lain.
KHAT KHUFI FATIMI
Dinamakan Fatimi kerana Kufi ini terkenal pada zaman pemerintahan Fatimi di Mesir. Kufi ini juga mempunyai pelbagai bentuk antaranya ialah Kufi Muwarraq (berdaun), Kufi Muzzahar (berbunga) dan Kufi Mudhaffar (bersimpul). Kufi Fatimi adalah antara jenis Kufi yang masih digunakan hingga ke hari ini. Ia tidak dibaris dan boleh dihias di ruang kosong antara huruf dengan ragam hias yang bercirian pokok dan batang pokok kacang sebagai latar belakang ayat.
KHAT KHUFI MURABA'
Dinamakan juga Kufi Empat Segi. Bentuk hurufnya terdiri daripada susunan bentuk segi empat. Kaedah susunannya adalah susunan yang bersifat memenuhi ruang. Khat ini disusun daripada garis-garis lurus yang bertembung dengan garis-garis menegak. Daripada susunan ini, bentuk lurus yang tidak ada unsur bulat dan melengkung terjelma, justeru ia digaris dengan pembaris dan pensel. Ia tidak berbaris dan banyak digunakan sebagai hiasan dalam bentuk geometrik pada bangunan dan logo.
KHAT FARISI
Dinamakan Farisi kerana dinisbahkan kepada bangsa Iran. Dicipta oleh Mir Ali al-Tibrisi, kemudian diperelok oleh Imaduddin al-Syirazi. Khat ini juga dikenali sebagai Khat Taliq/Nastaliq, terkenal dan digunakan secara meluas di Iran. Keindahan khat ini terletak pada bentuk lengkungannya yang menarik, kurang garisan menegak dan bentuk hurufnya yang condong kekanan dan tidak berbaris. Banyak digunakan untuk menulis syair, dan kegunaan harian.
Begitulah serba sedikit gambaran jenis-jenis kaligrafi khat yang menunjukkan kesenian yang tinggi. Contoh tulisan atau khat yang dipaparkan adalah diambil daripada kalendar terbitan Lembaga Zakat Selangor dengan perkataan 'zakat'.
Sekian buat kali ini.