Konsep Kejiranan


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,
Bertemu lagi dengan topik berbeza iaitu lebih kepada nasihat untuk diri saya dan pembaca sekalian. Topik kali ini amat dekat dengan kita iaitu Konsep Kejiranan di dalam Islam.
Dewasa ini kita menyaksikan masyarakat semakin rosak dan porak poranda. Ya, saya tak pernah mengecualikan diri saya. Saya juga terdedah kepada kerosakan itu. Antara puncaya ialah institusi kekeluargaan dan kejiranan yg tidak diberikan perhatian sepenuhnya. Kita berbicara tentang isu kejiranan. Seorang penduduk di sebuah kawasan perumahan misalnya tidak merasakan dirinya bertanggungjawab untuk mengetahui keadaan sekitar rumahnya. Rumah jiran dimasuki pencuri. Anak jiran ponteng sekolah, terlibat dengan gejala sosial. Isteri jiran curang. Seolah-olah dia terlupa bahawa dia juga sedang terdedah kepada perkara-perkara sedemikian jika terus bertindak tidak mempedulikan jiran tetangganya.
Saya ingin menulis secara ringkas tentang isu kejiranan ini. Islam merupakan agama yg syumul. Kejiranan ialah satu cabang kesyumulan Islam. Allah memerintahkan hamba-hambaNya supaya berbuat baik kepada jiran tetangga. Firman Allah Taala di dalam Surah An-Nisa' ayat 36 yg bermaksud:
"Dan sembahlah Allah, dan janganlah kamu mensyirikkanNya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yg mempunyai hubungan kerabat dan jiran tetangga yg bukan kerabat."
Rasulullah sendiri terlalu memandang berat akan hak-hak jiran dan menggesa supaya berbuat baik kepada mereka. Baginda juga melarang keras daripada menyakiti dan meyusahkan jiran. Sehingga Rasulullah pernah bersabda:

"Jibril sentiasa berpesan kepada aku tentang hak jiran sehingga aku menyangka dia (jiran) akan mewarisi harta pusaka" Hadith 'Aisyah & Ibnu Umar, Riwayat Bukhari & Muslim.
Nasihat Jibril yg terlalu kerap menyentuh hak-hak jiran menyebabkan Rasulullah menyangka bahawa jiran juga akan mendapat bahagian dalam pembahagian harta pusaka. Rasulullah juga bersabda:

"Sesiapa yg beriman dengan Allah Taala dan Hari Akhirat, maka berbuat baiklah kepada jirannya" Hadith Abi Syuraih, Riwayat Bukhari & Muslim.
"Sesiapa yg menyakiti jirannya, maka sesungguhnya dia telah menyakiti aku, dan sesiapa yg menyakiti aku, maka sesunggunya dia telah menyakiti Allah Taala. Dan sesiapa yg memerangi jirannya, maka sesunggunya dia telah memerangi aku, dan sesiapa yg memerangi aku maka dia telah memerangi Allah." Hadith Anas, Riwayat Abu As-Syeikh Ibnu Hibban.
"Demi Allah, tidak beriman seseorang itu selagi mana jirannya belum terlepas daripada kejahatannya" Hadith Abu Hurairah, Riwayat Ahmad & Syaikhan
Maksudnya, selagi mana seseorang itu menganggu jirannya, memfitnahnya dan melakukan kejahatan kepadanya, maka dia belum dianggap sebagai seorang Mukmin yg baik. Jiran yg paling berhak untuk dilakukan kebaikannya ialah yg paling dekat pintunya dengan rumah kita. Oh, semalam kawan saya mengadu dia telah diludah oleh jiran rumahnya. Astaghfirullah...

Terdapat hadith yg menyebut bahawa di kalangan jiran itu ada yg mempunyai 3 hak, iaitu jiran Muslim yg mempunyai hubungan kerabat dengan kamu. Ada pula yg mempunyai 2 hak, iaitu jiran Muslim. Dan ada juga yg mempunyai satu hak, iatu jiran Zimmi (kafir yg berada di bawah naungan Islam) Antara hadith yg membicarakan perkara ini ialah hadith yg diriwayatkan oleh Al-Hasan bin Sufyan dan Al-Bazzar di dalam Musnad mereka. Tetapi hadith tersebut berstatus dhaif, walaubagaimanapun masih boleh digunakan dalam Fadhail Amal.

Cuba kita perhatikan, hadith ini ada menyebut tentang hak kejiranan terhadap jiran yg zimmi, sedangkan dia bukan seorang Muslim. Betapa mulianya Islam kerana memandang jiran yg kafir sebagai seorang yg layak untuk menerima layanan baik walaupun berlainan agama. Ia juga menunjukkan betapa pentingnya hak-hak kejiranan pada pandangan agama.

Apabila berbicara soal kejiranan yg merupakan satu cabang kemasyarakatan, membicarakan soal Al-'Amru bil Ma'ruf dan An-Nahyu 'anil Munkar ialah satu perkara yg wajib! Sistem dakwah dengan berhikmah yg dianjurkan Islam amat diyakini akan berjaya memulihkan kembali kebobrokan yg berlaku dalam masyarakat yg mana saya juga salah seorang ahli masyarakat itu. Saya tak pernah terkecuali.

Kesedaran seseorang individu untuk menjadi individu muslim yg sejati akan melahirkan keluarga muslim yg sejati.
Gabungan keluarga-keluarga ini pula akan mewujudkan masyarakat Islam yg sejati. Akan tetapi gabungan ini tidak akan berjaya sekiranya konsep kejiranan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah tidak diterapkan. Kejiranan yg harmonilah yg akan menjayakan kewujudan masyarakat Islam yg seterusnya membawa kepada penubuhan sebuah daulah Islam yg dicita-citakan. Formula ini tidak akan berjaya melainkan unsur-unsur dalam formula tersebut dipenuhi. Dan kejiranan merupakan unsur penting formula ini! Jika dahagakan Khilafah, maka kejiranan jangan diabaikan! Jangan terlalu gopoh inginkan kemenangan Islam sedangkan kejiranan masih dalam porak poranda...


Sumber: 
An-Nasoih Ad-Diniyyah wal Wasoya Al-Imaniyyah, karangan Imam Abdullah Al-Haddad

Rahsia Solat Siri 3: Azimat Sujud


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Kita teruskan lagi dengan perbincangan seterusnya iaitu Rahsia Solat Siri 3 berkaitan dengan Azimat Sujud. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.



  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  8. Meringankan bahagian pelvis.
  9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  10. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  13. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. Organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (Convulsions).
  14. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak takbur dan sebagainya.
Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.


Sekian buat kali ini.

Ahlan Ya Ramadhan.

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,


Bertemu kembali dan kali ini kita mengalu-alukan kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak.


Ramadhan Kareem!

Allahu 
Akram!




“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan-syaitan dibelenggu.”
[HR Muslim]

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita bakal menjemput tetamu agung yang digelar penghulu segala bulan (saiyidus syuhur) Ramadhan Al-Mubarak. Ramadhan adalah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hambaNya yang beriman sebagai tanda kasih & rahmahNya pada kita. Pelbagai ganjaran menanti buat yang bijak merebut peluang keemasan yang hanya tiba setahun sekali ini. Ibarat jualan murah besar-besaran – buat sedikit sahaja, berganda-ganda yang kita dapat.



Buat yang mengejar gelaran taqwa, (2:183) inilah masanya. Buat yang mengharapkan ampunan, pada bulan inilah peluang terbesar kita. Dan yang paling istimewa, buat yang benar-benar mengejar cinta & rahmatNya, disediakan malam Lailatul Qadr – satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Begitu benar pemurah Allah pada hamba-hambanya. Berbahagialah mereka yang mendambakan redha Allah, menyambut bulan penuh barakah dan maghfirah ini.



Kebiasaan bulan Ramadhan, dikatakan bahawa sebahagian Salafus Soleh mengucapkan selamat tinggal kepada sebahagian lain sehingga mereka berjumpa lagi dalam solat aidil fitri. Yang mereka rasakan adalah; ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Tuhan kami.



Pergilah dunia yang menyibukkan. Pesta ibadah telah bermula. Marilah menghidupkan Ramadhan!


Rahsia Solat Siri 2: Rahsia Solat 5 Waktu

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.


Seperti yang dijanjikan kita bertemu lagi di dalam Rahsia Solat Siri 2: Rahsia Solat 5 Waktu.


Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam ibadat sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.
  
Terdapat penemuan dan pengkajian yang membahaskan perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
  

SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,  lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti  berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 


ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau  terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut  ceria tak ? 


ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa,  tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. 


MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat  bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam  perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat  Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada  waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya  memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman  dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.  Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam  kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah  waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta  dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. 


QIYAMULLAIL
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. 


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya …?


Mudah-mudahan kita digolongkan di kalangan orang-orang yang menunaikan solat.


Ameen..

Rahsia Solat Siri 1: Rahsia Pergerakan Otot Dalam Solat

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,


Bertemu kembali dan kali ini kita membincangkan berkenaan Rahsia Solat Siri 1 iaitu Rahsia Pergerakan Otot Dalam Solat.
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. 

Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

Ketika sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.

Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain.

Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajjud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
" Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar."

Sekian buat kali ini, bertemu dalam Rahsia Solat Siri 2.

Gelaran, Pangkat dan Nama: Asal-Usul

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.


Bertemu lagi dan tajuk kali ini berbicara mengenai Nama, Panggilan, Gelaran, Pangkat Nama, Nama Keturunan. Selalunya orang kata "Apa ada pada nama? Dan ianya agak menarik untuk dibicarakan dan apa yang ada disebalik nama dan dari mana bermula salasilah nama2 ini..
Raja, Ratu, Sultan, Sultanah, Tuanku, Tunku, Tengku, Ungku, Engku, Putera, Puteri, Megat, Tun, Toh Puan, Tan Sri, Puan Sri, Dato', Datuk, Datin, Tuan, Puan, Encik, Cik, Pak, Mak, Tok, Hang, Dang, Sang, Yang, Si, Mat (Melayu), Nik, Che, Wan, Che Wan, Tuan, Long, Ku (Kelantan Siam Patani), Pengeran, Dayang, Awang, Abang, Pehin, Datu, Datu Patinggi (Brunai Borneo), Syed, Said, Shaikh, Sheikh, Syarifah, Mohamad, Siti, Abdul (Arab), Shah, Khan (Pakistan/Iran), Wak, Raden, Bung (Jawa), Daeng (Bugis) kebanyakannya adalah gelaran yg menunjukkan kedudukan, pangkat, keluarga dan darjat mereka ataupun keturunan moyang mereka. Tapi kalau nama keluarga, ia diperturunkan menurut keturunan untuk menunjukkan asal usul keturunan darah keluarga itu. Jom kita tengok cerita dan riwayat yang didapati dari alam maya.


Prediket Sayyid, Syarif dan Habib, Meor

Apakah yang dimaksudkan dengan prediket Sayyid, atau Syed yang
diletakkan bersama dengan nama seseorang yang berketurunan darah Rasulullah SAW? Perkataan `As-Sayyid', (jamaknya `Saadat' atau `Asyad'), sebenarnya merupakan kalimah Arab yang memberi
makna `ketua' atau `pemimpin'. 



Sahih Al-Bukhari meriwayatkan sebuah Hadis, Rasulullah SAW pernah menegaskan mengenai Al-Hassan : "Sungguhlah bahawa puteraku ini (sambil menunjuk kepada Al-Hassan r.a) adalah Sayyid. Mudah-mudahan melaluinya Allah akan mendamaikan (pertikaian) antara dua golongan besar dari kaum Muslimin."

Rasulullah SAW juga pernah menggelar puterinya, Fatimah sebagai `pemimpin kaum wanita Islam (sayyidah nisa' ummati)' dan cucunda baginda, Al-Hussain, sebagai `pemimpin kaum belia di syurga
(sayyid syabab ahlal-jannah).' Selain itu, kalimah Sayyid dalam beberapa konteks yang lain bererti `ketua suku' (sayyid al qabilah)
atau orang bangsawan. Istilah `Syarif', (jamaknya `Asyraaf), bererti
ketua atau pemimpin, sama maksudnya dengan istilah `Sayyid'. Gelaran `Syarif' dipakai untuk Bani Hasyim di masa-masa permulaan
Islam sebagai nama sebutan, atau prediket bagi mereka. Orang pertama dari Bani Hasyim yang memakai gelar `Syarif' ialah Syarif Ar-Radhiy dan saudaranya Al-Murtadho.

Di Hijaz, sebutan `Syarif' tidak digunakan kecuali untuk para Penguasa Mekah dari keturunan Al-Hassan. Menurut adat dan kebiasaan umat Islam, prediket `Sayyid' diberikan kepada ahlul-bait dari keturunan Al-Hussein sementara `Syarif' dari keturunan Al-Hassan.


Keturunan Sayyidd dari Hadhralmaut, iaitu sebuah negeri di Selatan Semenanjung Arab, juga dikenali dengan gelaran `Habib', yang bererti
orang yang dikasihi.

Apabila seseorang berketurunan Sharifah berkahwin dengan orang bukan berketurunan Syed, nama bayinya dengan sendirinya ditukarkan nama pangkalnya kepada Meor kepada anak lelaki dan kepada anak perempuan pula diberikan nama Wan.





Wan dan Nik 



Cerita 1

Pada suatu hari... di Negeri Kelantan asal nya Sultan dia nama Raja Kumar. Tak tau dari mana asal nya Raja Kumar ni. Entah.. India kot? Dari keturunan Raja Kumar lah ada nya Cik Siti Wan Kembang. So, masa Cik Siti Wan Kembang ni jadi Raja (bukan seluruh Kelantan tapi cuma kat wilayah di  Timur Kelantan kot?), tempat dia tu jadi terkenal lah. Ramai pedagang pedagang yang datang.

Di dalam negeri Kelantan juga tapi wilayah yang lain nama nya Jembal... ada juga satu Raja kat sini. Ni lah cerita Raja Saadong tadi. Yang ni tadi cerita ambil angkat angkat buluh betung dengan dari mulut ikan. Dan anak-anak dia mula dengan nama gelaran NIK.

Balik pada cerita Cik Siti Wan Kembang tadi... dia pun tak ada anak. Jadi, dia ambil lah Puteri Saadong (konon nya memang terlalu cantik sehingga Maharaja Siam datang menculik) jadi anak angkat and dia akan dapat jadi Raja untuk seluruh wilayah Cik Siti Wan Kembang dan wilayah Jembal.

Dipendek kan cerita, lepas dia kena culik oleh Maharaja Siam and kemudian dipulangkan ke Kelantan, dia gaduh lah dengan laki dia nama Raja apa entah. Masa gaduh gaduh tu laki dia ni mati terkena cucuk sanggul Puteri Saadong. Lepas tu Puteri Saadong larikan diri and habislah cerita Puteri Saadong kat sini.

Kemudian, lepas tu baru mula Long Bahar (putera pada Raja Patani nama Wan Daim) jadi Raja kat Jembal. Kat sini lah mula nya keturunan WAN kat Kelantan. Sebenarnya Long Bahar tu keturunan WAN, tapi selalunya jika anak sulung secara automatik akan jadi LONG walaupun anak anak lain adalah WAN. Kira LONG tu nama panggilan lah. Kemudian, anak Long Bahar dengan Wan Anom... nama dia Long Sulaiman ganti jadi Raja lepas Long Bahar tu meninggal. Kat sini Long Sulaiman tu guna nama gelaran LONG juga sebab dia anak WAN yang sulung. Anak Long Sulaiman nama dia Long Yunus yang lepas tu satu kan semua wilayah wilayah kat Kelantan and ishtihar diri dia sebagai Sultan Kelantan yang pertama.

Jadi, begitu lah cerita nya macam mana nama gelaran NIK and WAN ada kat Kelantan. NIK tu asal dari nama anak angkat Puteri Saadong yang dari buluh betung and mulut ikan. Dan WAN pula dari keturunan Long Yunus.

Cerita 2

PENUNTUT Ijazah Doktor Falsafah University of Canterbudy, New Zealand, Nik Norma Nik Hasan berbicara mengenai nama keluarganya yang mempunyai pangkal nama Nik di hadapan. Kata Nik Norma, dalam susur galur keluarganya mempunyai banyak gelaran nama dalam keluarga seperti Tengku, Tunku, Engku, Raja, Tuan, Che dan Nik, sekali gus mewarnai keturunan keluarganya.

Namun, beliau sendiri tidak dapat memastikan yang gelaran Nik pada nama keluarganya adalah dari kalangan keluarga di raja walaupun neneknya mempunyai gelaran Tengku. 揝aya mewarisi nama Nik daripada ayah iaitu Nik Hasan Nik Yusuf walaupun ibu saya tidak mempunyai gelaran Nik.

Apa yang saya difahamkan, gelaran Nik akan lupus dengan sendiri jika wanita bergelar Nik berkahwin dengan lelaki biasa katanya. Namun, katanya ada juga lelaki Nik yang tidak meneruskan tradisi meletakkan pangkal nama Nik pada anak mereka seperti yang dilakukan oleh bapa saudaranya. Apakah asal usul Nik?

Dari apa diceritakan kepada saya, pada zaman Puteri Saa抎ong (di selatan Thailand), ada seorang raja memerintah tidak memiliki cahaya mata. Justeru, raja berkenaan mengambil anak angkat lelaki.

Seorang diperoleh dari buluh betung manakala seorang lagi daripada mulut ikan sebelah. Jadi, gelaran nama Nik ini diberikan kepada mereka sebagai membezakan dengan gelaran kerabat di raja lain,katanya yang sehingga hari ini tidak pernah menikmati hidangan rebung dan ikan sebelah kerana kepercayaan yang mengatakan keturunan Nik tidak boleh menikmati kedua hidangan berkenaan.

Nik Norma berkata, dari kajian dari buku yang dilakukannya, ada juga pendapat yang mendakwa gelaran Nik berasal dari nama Tengku sekitar kurun ke-18 hingga ke-19 dan diteruskan sehingga kini. Malah, ketika kakak saya ingin bersalin dia dikehendaki membentang kain kuning kerana dikatakan mudah ketika bersalin,katanya yang gembira kerana memiliki gelaran Nik dan berharap dapat meneruskan tradisi nama gelaran itu kepada anaknya pada masa akan datang.

Cerita 3

Cerita pasal WAN kat Kedah ni lain dari WAN kat Kelantan. Jika WAN Kelantan, mereka ni dari keturunan Raja Patani.

Tapi kat Kedah, gelaran WAN ni sebenarnya dari perkataan PAHLAWAN. Sultan Kedah mula bagi gelaran WAN ni kat Panglima Panglima Istana yang banyak berbakti untuk Kedah.

Masa zaman Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, Siam serang Kedah. Masa ni cerita nya mula bagi gelaran WAN kat Panglima Panglima Kedah i.e. Datuk Bendahara diberi nama Wan Mohd. Sidek and Datuk Temenggung  nama dia Wan Musa.

Lepas tu siapa jadi Bendahara, Temenggung, Laksama, etc akan terus bagi gelaran WAN and tu terus lah sampai cucu cicit dia.


Dayang 

Kalau tengok anak anak perempuan Raja Brooke saja yang ada DAYANG, yang lelaki tak ada title apa apa pun. So, nama gelaran ABANG dari mana?

1868 - 1917 H.H. Rajah Sir Charles Anthoni Brooke, Rajah of Sarawak.

Anak anak:
1. James Harry Brooke
2. Charles Clayton Brooke

3. H.H. Rajah Sir Charles Vyner de Windt Brooke
    Anak anak:
    i) Dayang Leonora Margaret
    ii) Dayang Elizabeth
    iii) Dayang Nancy Valerie

4. Captain H.H. Bertram Willes Dayrell Brooke
    Anak anak:
    i) H.H. Anthony Walter Dayrell Brooke
    ii) Dayang Jean Margaret Palmer
    iii) Dayang Elizabeth
    iv) Dayang Anne Elaine Primula

5. Harry Keppel Brooke
6. Dayang Ghita Brooke
7. Esca Brooke-Daykin
Megat

English Version

Megat is a hereditary title given to male descendants of the ancient Royal House of Pagar Ruyung. Its Minangkabau pronouncation is 'Magek' - derived from the word 'Maha Gaek' which means 'Great One'.

The female members of the family are given the hereditary title Puteri. Its Minangkabau pronouncation is 'Puti' which obviously means Princess.

The Megats and the Puteris are royalty by birth. However, it is a common practice to name a child with the titles Megat or Puteri whenever the mother is of Royal Blood (Raja or Tengku)and the father is a commoner. This is due to the fact that in Minangkabau tradition, the status of one's child will depend on their parents. As for Royalties, marrying a commoner is strictly forbidden. Hence, the seniority of the respective parent's families will determine the child's royal status.

The idea of having a Megat or a Puteri from a Royal mother and a commoner father was likely based on the lineage of the famous pioneer Megat in the Malay World - Megat Terawis. Megat Terawis was the first Bendahara of Perak and was known by the title Orang Kaya Bendahara Paduka Raja. He was the son of the Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung. His descendants were holders of the Bendaharaship of Perak. One of his descendants, Megat Menjanas (Orang Kaya Bendahara Paduka Seri Maharaja), married Raja Shah Alam Sayong - a daughter of Sultan Muzaffar Shah II of Perak.

Obviously his descendants used the titles Megat and Puteri. Coincidently, the mother was a daughter of a Perak ruler, people have generalised the rule that for individuals with a Royal mother and a commoner father, have the right to use the titles Megat and Puteri for their children.

Therefore, it should be highlighted that the original usage of Megat and Puteri are strictly for the descendants of the Royal Pagar Ruyung lineage. The descendants of Megat Terawis the First Bendahara of Perak still (to this very day) use the titles Megat and Puteri for their names and their children's.

Some of the prominent members of the Megat Terawis family are:

Dato' Seri Dr Megat Khas Bin Megat Omar
Dato' Megat Yunus Bin Megat Mohd Isa
Dato' Megat Othman Bin Megat Mohd Ali
Dato' Megat Mahmud Bin Megat Ismail
Dato' Seri Megat Jaafar Bin Megat Yunus
Tan Sri Dato' Megat Zaharuddin Bin Megat Mohd Nor
Tan Sri Megat Junid Bin Megat Ayub
Datuk Dr Megat Burhainuddin Bin Megat Abdul Rahman
Dato' Seri Megat Najmuddin Bin Megat Khas
Dato' Megat Mohamed Abdul Wahab Bin Megat Abu Bakar
Megat Zaharuddin Bin Megat Shamsudin
Megat Abdullah Rafaie Bin Megat Marzuki
Megat Mohamad Mentaha Bin Megat Alias


Raja

Yang guna nama gelaran RAJA ni cuma dari Perak saja. Those yang ada gelaran RAJA ni di Perak ialah waris keturunan Kesultanan Melaka. Kalau tengok genealogy, keturunan Kesultanan Perak adalah berasal dari Sang Sapurba. So, gelaran RAJA tu kekal sampai today.

Ada juga Raja di Selangor tapi zaman dulu lah. Mereka guna kan gelaran RAJA sebab diberikan oleh Sultan Perak masa tu. Selangor adalah keturunan Bugis iaitu dari keturunan Daeng Celak. Sultan Perak tabalkan anak Daeng Celak iaitu Raja Lumu jadi Sultan. Since then, keturunan Selangor guna gelaran RAJA kat depan nama.

Tapi lepas tahun 1898, Sultan Alauddin Sulaiman bagi nama anak anak dia TENGKU. Tapi ada anak dia pulak yang bagi nama kat anak anak dia RAJA semula. Ni yang aku tak faham. Tapi now Sultan Sultan Selangor semua nama gelaran TENGKU

Tengku

Nama gelaran TENGKU di gunakan kat Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan.

Asal kat Pahang adalah keturunan Sultan Mansur Shah. Anak dia Sultan Muhammad jadi Sultan Pahang yang pertama. Mula nya keturunan dia semua pakai nama gelaran Raja (sebab waris Kesultanan Melaka). Sampai lah bila Bendahara Dinasti yang jadi Sultan Pahang mula dengan Tun Muhammad Tahir. Lepas tu anak anak dia semua mula guna nama gelaran TUN, TUAN, ENGKU and gelaran tu lama lama berubah jadi TENGKU. Sampai today lah guna nama gelaran tu.

Kesultanan Terengganu sekarang pun asal dari keturunan Bendahara Johor. Sultan Johor pertama, Sultan Zainal Abidin I adalah anak pada Tun Habib Abdul Majid. Jadi keturunan dia mula lah dengan nama TUN, TUAN, ENGKU sampai lah jadi TENGKU and guna sampai today.
Bagi negeri  Kelantan pun sama juga, Long Yusuf ikhtiraf diri dia jadi Sultan Kelantan. Keturunan dia mula guna nama gelaran LONG, ENGKU sampai lah jadi TENGKU.
Tunku

3 negeri guna nama gelaran Tunku iaitu Johor, Kedah, Negeri Sembilan.

Bagi negeri Johor, asal nya memang waris Kesultanan Melaka, tapi Sultan Mahmud Shah Mangkat Dijulang memang tak ada waris. Jadi terputuslah warisan Kesultanan Melaka bermula di sini. Selepas itu, kerajaan Johor diteraju oleh Bendahara iaitu Bendahara Abdul Jalil menjadi Sultan. Keturunan beliau dimulai dengan nama gelaran TUN, TUAN, ENGKU sampai lah ke TENGKU and kemudian TUNKU. Kalau tengok Sultan Johor sekarang ni nama gelaran dia TUNKU.  Mungkin sebab bukan sebenarnya keturunan Raja tapi Bendahara dan Temenggung.
Bagi negeri  Kedah. Rasa nya mereka asal dari Raja Hindu dari India ke Sri Lanka ke. Sampai lah Kedah di Islam kan.
Bagi negeri  Negeri Sembilan apa kata kita suruh Raja Melewar cerita. Nak cerita pun tak tau sangat.  zaman dulu orang orang Minangkabau kat Tanah Melayu minta satu Sultan kat negeri dia (which is now Negeri Sembilan lah kan). Then tu Raja Melewar (keturunan Raja Pagaruyung) datang and lantik diri dia jadi Yang Dipertuan Negeri Sembilan. Tapi tak pasti macam mana nama gelaran TUNKU tu datang. Kalau ikut sejarah, Raja Melewar, bapanya Raja Masa Bumi, Raja Khatib, etc guna gelaran RAJA bukan TUNKU. Tapi kenapa selepas Raja Melewar jadi Yang Dipertuan Besar dengan nama Tuanku Sultan Mahmud Shah, anak-anak dia semua guna TUNKU sampai sekarang?
Walau apapun nama yang diberi, adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.

SENI KALIGRAFI KHAT

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.


Kembali bertemu dan kali ini kita berbicara mengenai Seni Kaligrafi Khat.


SENI KALIGRAFI


Seni kaligrafi Islam seringkali dikaitkan dengan seni khat. Kaligrafi secara umumnya mempunyai maksud seni penulisan yang indah. Apabila ianya dikaitkan dengan Islam, membawa kepada seni penulisan Islam yang indah iaitu tulisan khat. Perkataan kaligrafi ini berasal dari bahasa Yunani iaitu kalios yang bererti indah dan graphia yang bererti tulisan. Seni ini diciptakan dan dikembangkan oleh kaum muslim sejak kedatangan Islam. Sebagai bahasa yang memiliki karakter lembut dan artistik, huruf Arab menjadi bahan yang sangat kaya untuk penulisan kaligrafi. Kaligrafi Islam ini juga sangat berkaitan dengan Al-Quran dan hadis kerana sebahagian besar tulisan indah dalam bahasa Arab menampilkan ayat al-Quran atau hadis Nabi S.A.W.


SENI KHAT


Seni khat ini merupakan salah satu bidang kesenian yang amat diminati oleh orang Islam. Keindahannya diabadikan di bangunan-bangunan, kubah masjid, seramik kaca selain diukir diatas kayu dan logam. Dari semasa ke semasa sejak zaman Rasulullah S.A.W. hingga hari ini, seni khat terus berkembang dan meningkat pencapaian dan kecemerlangannya. Seni khat ini juga telah menghasilkan pelbagai seni reka bentuk khat. Selepas 100 tahun kewafatan Rasulullah S.A.W. seni ini telah berada dipuncak kegemilangannya.


Seni khat bukan sahaja berperanan mengabadikan Al-Quran dalam bentuk tulisan akan tetapi juga turut mengabadikan sebahagian ayat dari Al-Quran tersebut di bangunan-bangunan masjid, rumah dan sebagainya. Ahli khat bukan sahaja terdi dari kalangan orang Arab bahkan pelbagai keturunan Islam yang lain diseleruh dunia termasuk Parsi, Turki, India, Melayu dan lain-lain lagi. Perkembangan seni khat diseluruh dunia pesat sekali, seiring dengan perkembangan dakwah Islamiyyah dan ilmu Islam.


Khat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis antara yang mendapat perhatian ramai adalah khat riq'ah, thuluth, khufi, diwani dan nasakh. Setiap daripada jenis khat mempunyai cara tulisan berbeza yang pastinya unik dan memukau pandangan si peminat. Berikut adalah contoh-contoh khat mengikut jenis.


KHAT NASAKH


Dinamakan Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain. Bentuk ini merupakan hasil daripada pengubahsuaian yang dilakukan oleh Ibnu Muqlah. Tulisan Nasakh munculpada akhir abad ke 3H/8M dan berkembang meluas pada penghujung abad 4H/9M. Ciri-cirinya ialah mempunyai kelembutan, mudah dibentuk, praktikal dan mudah dibaca. Ia sesuai digunakan dalam penulisan al-Quran, akhbar dan majalah




KHAT RIQ'AH


Khat ini dicipta oleh penulis khat Turki Mumtaz Bek pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khan pada tahun 1280H. Tujuan khat ini dicipta ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan.


Ciri-ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, tegak dan tidak menggunakan baris, lebih cepat dan mudah ditulis jika dibandingkan dengan khat yang lain. Kini Khat Riq'ah adalah pilihan untuk tulisan tangan oleh masyarakat Arab.




KHAT THULUTH


Dinamakan Khat Thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen (qalam) yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 (thuluth) lebar mata pen. Ia juga dikenali sebagai Ummul Khat (ibu tulisan) kerana kehandalan seseorang penulis khat tidak akan diakui kecuali setelah dia mahir dalam khat ini. Ia lebih bersifat dekoratif dan mempunyai ciri-ciri kesenian tersendiri. Sesuai digunakan untuk perhiasan dalam masjid, bangunan, papan tanda dan sebagainya.




KHAT DIWANI


Khat ini dicipta oleh Muhammad Munif, disempurnakan bentuknya oleh Syahla Pasya dan al-Hafidz Othman. Khat ini mula terkenal setelah Konstantinopel (Istanbul) ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada tahun 857H. Tulisan ini berbentuk condng ke kiri, lembut, bundar dan melengkung, bersusun,bertindih-tindih dan tidak berbaris. Tujuan tulisan ini dicipta ialah untuk menulis surat rasmi, keputusan dan pekeliling pentadbiran kerajaan. Kini ia banyak digunakan untuk menulis sijil, watikah dan tulisan hias.




KHAT DIWANI JALI


Khat ini dicipta pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah oleh khattat bernama Syahla Pasya pada abad ke-10H. Ia berbeza dengan Khat Diwani kerana terdapat baris-baris dan titik hiasan serta mempunyai bentuk huruf yang lebih besar dan jelas. Dinamakan Jali bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Digunakan untuk tulisan rasmi diraja dan surat menyurat kepada kerajaan asing. Bentuknya memenuhi kesemua ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan yang tersusun indah.




KHAT KHUFI MUSHAFI



Khat ini merupakan tulisan diperingkat awal dan juga merupakan asas kepada tulisan Arab. Perkataan kufi diambil bersempena sebuah bandar iaitu kufah di Mesopotamia. Bentuk huruf secara umumnya lurus dan tegak. Dengan peredaran masa, khat ini telah berkembang dan menjalani perubahan dari bentuk asalnya kepada bentuk-bentuk lain.








KHAT KHUFI FATIMI


Dinamakan Fatimi kerana Kufi ini terkenal pada zaman pemerintahan Fatimi di Mesir. Kufi ini juga mempunyai pelbagai bentuk antaranya ialah Kufi Muwarraq (berdaun), Kufi Muzzahar (berbunga) dan Kufi Mudhaffar (bersimpul). Kufi Fatimi adalah antara jenis Kufi yang masih digunakan hingga ke hari ini. Ia tidak dibaris dan boleh dihias di ruang kosong antara huruf dengan ragam hias yang bercirian pokok dan batang pokok kacang sebagai latar belakang ayat.


KHAT KHUFI MURABA'


Dinamakan juga Kufi Empat Segi. Bentuk hurufnya terdiri daripada susunan bentuk segi empat. Kaedah susunannya adalah susunan yang bersifat memenuhi ruang. Khat ini disusun daripada garis-garis lurus yang bertembung dengan garis-garis menegak. Daripada susunan ini, bentuk lurus yang tidak ada unsur bulat dan melengkung terjelma, justeru ia digaris dengan pembaris dan pensel. Ia tidak berbaris dan banyak digunakan sebagai hiasan dalam bentuk geometrik pada bangunan dan logo.




KHAT FARISI


Dinamakan Farisi kerana dinisbahkan kepada bangsa Iran. Dicipta oleh Mir Ali al-Tibrisi, kemudian diperelok oleh Imaduddin al-Syirazi. Khat ini juga dikenali sebagai Khat Taliq/Nastaliq, terkenal dan digunakan secara meluas di Iran. Keindahan khat ini terletak pada bentuk lengkungannya yang menarik, kurang garisan menegak dan bentuk hurufnya yang condong kekanan dan tidak berbaris. Banyak digunakan untuk menulis syair, dan kegunaan harian.


Begitulah serba sedikit gambaran jenis-jenis kaligrafi khat yang menunjukkan kesenian yang tinggi. Contoh tulisan atau khat yang dipaparkan adalah diambil daripada kalendar terbitan Lembaga Zakat Selangor dengan perkataan 'zakat'.






Sekian buat kali ini.